View: 2087|Reply: 13
|
Baru 6 Bulan Kahwin Suami Gaji Dah Pasang Perempuan Lain, Siap ‘Angkut’ Naik Genting Highland Guna Kereta Isteri
[Copy link]
|
|
Menerusi satu perkongsian, seorang wanita mendedahkan dia dan suami hanya berkenalan selama lima bulan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, kegembiraan yang dirasai berubah selepas suami mengenali dengan wanita berstatus pelajar pada bulan ketiga perkahwinan mereka sehingga ke tahap mahu berpisah.
Gambar hiasan.
"Dia jadi angau gila sampaikan fikir nak berpisah dengan saya. Sebelum kahwin, saya pernah cakap yang saya tak akan boleh terima orang lain.
"Sekarang ni dia berbelah bahagi. Dia tak nak buang saya dan pada masa sama dia sayangkan perempuan tu. Saya dan mak mentua dah jumpa dengan perempuan tu untuk beritahu hal sebenar, tapi perempuan tu masih buka ruang untuk suami saya," katanya.
Dalam pada itu timbul pula pelbagai pandangan yang dikatakan menjadi punca kepada keretakan rumah tangganya, termasuk dakwaan suaminya terkena sihir.
"Sebab mereka baru kenal tak sampai dua minggu dan suami angau gila. (Suami) layan saya macam saya tak wujud... sepatutnya dia mempertahankan saya sebagai isteri, tapi dia mempertahankan perempuan luar lebih daripada saya.
"Sakitnya hanya Allah yang tahu. Sebagai isteri, saya sangat sedih dan kecewa. Yelah, entah perempuan dari mana datang, tiba-tiba dua minggu je boleh buat suami lupakan saya.
"Suami pernah cakap 'awak dah terbaik untuk saya, tapi dengan dia, saya rasa tenang'. Yang sedihnya, kami baru enam bulan berkahwin," ujarnya.
Gambar hiasan.
Bukan sekadar itu, suaminya turut mengadu pada perempuan itu mengenai dirinya yang bersikap 'bossy' dan suka 'control'.
"Mana tidaknya, tiga bulan dia duduk rumah tak bekerja. Saya pula yang struggle buat semua benda. Paling sedih, suami tak suka travel atau jalan-jalan.
"Tapi dia boleh bawa perempuan tu jalan-jalan naik Genting, balik esok pagi dengan kereta yang saya bayar tiap-tiap bulan," katanya lagi.
Menerusi Twitter ConfessTweetMy, wanita tersebut turut mendedahkan bahawa sebelum suaminya bekerja dengan gaji RM1,500.
"Saya pula pelajar tapi saya kerja sambilan bahagian sales dan gaji RM4,000 ketika itu. Nak bantu dia, saya ajak suami untuk join sekali buat sales. Sekarang gaji dia dah RM3,000," luahnya.
Sumber: mStar, Twitter ConfessTweetMy
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak.. Get ur butt out from that guy la. |
|
|
|
|
|
|
|
Prinsip aku dulu sampei skarang xkan beghebut ke jantan.
Ko kawin baru sekentut,anak pn tader, gaji cukop mkn blah aje la dr hadap laki miang.
There's plenty of fish in the sea.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikkkk …time kawen tu mmg hubby x bekerja ke?? Kawen baru 6 bulan nak serai dah…baru honeymoon phase kot…dah la kenal 5 bulan je |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je kan perempuan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Kenal kjp je dah nak kahwin. Mcm kahwin ni pencapaian terbesar diorg. Ntah buat ke tak kaji selidik background lelaki tu. Ntah laki orang ke,ada rekod jenayah ke.
ada ke cara nak check online status lelaki/perempuan? Senang utk diorg ni buat research. |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 8-4-2023 09:39 AM
Ramai je kan perempuan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Kenal kjp je dah nak kahwin. Mcm ...
Pressured by urang sekeliling pun iya juga. |
|
|
|
|
|
|
|
ye kot kena sihir agaknya
pelik semacam je
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn pregnant plak kanggg panjang lagi cite |
|
|
|
|
|
|
|
Salahkan diri sndri dulu ye yg ko x sempat2 nk kahwin sedangkn baru 5 bulan kenal tu dah kenapa???x siasat dulu ke gaji dia bapa,savings dia berapa,hobi dia apa,makbapak adik beradik sanak sedara dia camne... |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan gaji 3k xde maknanye kena sihir kak oii
.awak tu yg tergesa2 sgt kahwin dh kenapa.kenal 5 bulan je,xsempat kenal betul2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki kalo dah angau mmg buruk..takyah la bertahan |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 8-4-2023 06:24 PM
Pressured by urang sekeliling pun iya juga.
Ada mak yg benci kat anak pompuan siap ckp patut la xde sapa nak kat ko..sbb jahat sgt. Ye betul la tu jahat sampai x kwen2 sampai tak patut ada keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 21-4-2023 09:13 AM
Ada mak yg benci kat anak pompuan siap ckp patut la xde sapa nak kat ko..sbb jahat sgt. Ye betul l ...
Kalau dah ditakdirkan utk stay single poreber, watpe nak lawan takdir?
Ada ka mak jahat mcm tu benci kat anak pompan sendiri? Watpe jaga, teruih bg kat onglen jadi anak angkat je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Better aku serai dr hidup ngan laki syaiton mcm ni. Apa kesah, kerja kereta semua aku ada. Suka2 nk hadap laki yg confirm merendek dlm kereta aku...puihhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|