CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 1

[Perlis] Perlis negeri pertama buat pemilihan Pengerusi JPKKP

[Copy link]
Post time 5-4-2023 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-4-2023 11:38 PM

Perlis negeri pertama buat pemilihan Pengerusi JPKKP


Oleh Aizat Sharif - April 5, 2023 @ 8:13pm bhnews@bh.com.my





KANGAR: Perlis akan menjadi negeri pertama melaksanakan pemilihan bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKP).

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman, selepas pihaknya mendapat persetujuan untuk mengadakan pemilihan berkenaan daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, pemilihan itu dijangka dilaksanakan UMNO Perlis selepas Aidilfitri nanti sejurus mendapat 'lampu hijau' daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita gembira hari ini kerana Timbalan Perdana Menteri bersetuju untuk kita di Perlis menjadi negeri pertama memulakan pemilihan Pengerusi JPKKP.

"Kita akan mulakan dengan segera (pemilihan) selepas Aidilfitri dan Timbalan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO memberi kebenaran untuk setiap Ketua UMNO Bahagian memulakan pemilihan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup UMNO Perlis bersama Ahmad Zahid sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu ke Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Simpang Empat, di sini hari ini.

Rozabil berkata, fungsi JPKKP sama seperti fungsi JPKK sebelum ini yang akan mengambil peduli dan menyantuni hal kebajikan masyarakat setempat di kawasan diketuai Pengerusi JPKKP ini.

"Kita akan teliti terlebih dahulu berapa ramai pengerusi JPKKP yang akan dipilih nanti dan Insya Allah, dari segi elaunnya juga diharapkan ada kerana itu yang disebut Timbalan Perdana Menteri.

"Kemudian, disebabkan ia di bawah peringkat Persekutuan jadi ia akan diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

"Kita akan turut meneliti sama ada pemilihan ini akan membabitkan gabungan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...apa yang penting di sini kita sudah mendapat kebenaran dan kita akan teruskan," katanya.

Rozabil berkata, pemilihan Pengerusi JPKKP ini bagaimanapun tidak akan bertindan dengan pelantikan 4,644 yang bakal mengetuai Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis.

"JPKKP mewakili Kerajaan Persekutuan...bagaimana (kaedahnya) pelantikan kerajaan negeri untuk jawatan MPKK itu saya serah kepada kerajaan negeri, tetapi kita akan buat cara kita dan ini akan mewakili Kerajaan Persekutuan dalam negeri Perlis," katanya.

Semalam, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan kerajaan negeri akan melaksanakan pelantikan 4,644 orang yang menganggotai MPKK membabitkan 387 lokaliti di negeri itu.

Nama MPKK dipilih bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang digunakan sebelum ini dan pelantikan berkenaan dibuat tanpa ada peruntukan sama ada elaun mahupun saguhati.




Ahmad Zahid (tengah) menyampaikan replika kit peralatan Quick Win KEMAS kepada wakil 60 peserta kemahiran KEMAS semasa Majlis Santunan Kasih Ramadan di KEMAS Simpang Empat, Kangar. - NSTP/AIZAT SHARIF









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2023 11:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 1.442246 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list