CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5815|Reply: 11

Masa Muda Pakai Seluar Koyak, Jururawat Ini Berubah 360 Darjah Selepas Nikahi Ustazah, Kini Jadi Ustaz Siap Ada Tauliah Ajar Agama!

[Copy link]
Post time 4-4-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode


Bagi Ustaz Muhamad Fauzi Jaafar, isterinya iaitu Ustazah Nurul Khadijah Mohamad merupakan insan yang bertanggungjawab mencorak perjalanannya hidupnya daripada seorang jururawat hingga bergelar pendakwah.


Ketika dihubungi mStar, dia Fauzi mengimbas semula detik perkenalan dengan isterinya yang dianggap sebagai titik tolak perubahan besar dalam hidupnya.


"Saya dan isteri sebaya, umur kami 34. Kami menuntut di sekolah rendah yang sama, tapi dia tak kenal saya. Pada suatu hari, saya 'jumpa' dia balik di Facebook. Sejak itu, saya add akaun Facebook dia.


"Dalam beberapa bulan kami terus akad nikah. Sejak bergelar suami isteri pada tahun 2017, banyak berlaku perubahan dalam hidup saya. Dia yang mencorakkan pakaian saya. Dulu saya pakai seluar koyak-koyak, dia minta ubah.


"Daripada situ juga dia ajar saya mengaji. Masa bujang dulu kita sibuk dengan kawan-kawan. Jadi tak berapa sangat dengan agama. Dulu saya juga perokok, dia kata dia tak nak suami perokok. Terus saya berhenti serta-merta," imbasnya.





Menurut Fauzi, isterinya yang bekerja sebagai guru bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menggalakkan dia menyertai pertandingan tilawah al-Quran sejak awal usia perkahwinan.


Selain itu, isterinya turut menghadiahkan sebuah buku berkaitan sirah Rasulullah yang membuatkan Fauzi jatuh cinta dengan bidang dakwah sebelum dia memohon tauliah untuk mengajar kuliah agama.


"Mula-mula isteri ajar mengaji, kemudian dia juga suruh saya masuk pertandingan tilawah al-Quran. Saya mengikut je aturan tu. Alhamdulillah, tiap tahun masuk. Dalam tempoh beberapa bulan lepas kahwin, dia juga hadiahkan saya sebuah buku sirah Rasulullah.




"Saya baca dari kulit depan sampai kulit belakang, sampai hancur, kulitnya pun hilang. Sejak itu buku saya bertambah. Kemudian saya suka bercerita apa yang saya baca kepada isteri. Dia kata saya ada gaya penyampaian. Jadi dia suruh saya ambil tauliah.


"Mula-mula saya ambil tauliah di Negeri Sembilan. Kemudian saya juga dapat tauliah Wilayah Persekutuan.


"Walaupun dah mengajar agama, saya juga masih bekerja sebagai jururawat lelaki di Institut Kanser Negara. Saya dah jadi jururawat selama 10 tahun," ujarnya yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.


Terdahulu video perkongsian Fauzi tentang perjalanan hidupnya tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.7 juta tontonan.


Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum melihat perubahan hidup Fauzi yang banyak didorong oleh isterinya sendiri.





Sumber: mStar









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 04:05 PM | Show all posts
oOOooo...okayyy.... (kata meols sambil menutup lobang-lobang di seluar jeans meols...)

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
360 degree satu bulatan kan ?
kira balik asal ke?

huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Weller replied at 4-4-2023 05:52 PM
360 degree satu bulatan kan ?
kira balik asal ke?


Kira reset kot? Dulu2 PC ada satu punat kecik dok sebelah power punat tu. Kan ada logo pusing semula tiga ratuih nam ploh derjah. Kira reset la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 05:51 AM | Show all posts
Weller replied at 4-4-2023 05:52 PM
360 degree satu bulatan kan ?
kira balik asal ke?

iyeee. Iols dah lama rengsa dengan puak yang kata berubah, berbeza 360' sebelum selepas nih
360' tu bulatan penuh, maksudnya dia kembali kepada keadaan asal dia. basic kot nyaahhh



kot ye pun nak citer gebang-gebang mengebom, ingat 360' tu nombor besar la sangat

kalau berubah total, 180' khuenz

Iols very the rengsa maximum sebab pernah terdengar cikgu-cikgas, juga para ilmuwan, graduates yang sebut benda sama

sampai satu tahap, Iols pun persoalkan balik basic angle nih. adakah Iols salah, sebab orang ramai betul?

harap maklong yah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 07:17 AM | Show all posts
Alhamdulillah, dikurniakan isteri yang solehah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2023 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 5-4-2023 05:51 AM
iyeee. Iols dah lama rengsa dengan puak yang kata berubah, berbeza 360' sebelum selepas nih
360' t ...

tq tepek gambor.


reply pakai hp malasnya nak upload gambor.


huhuhuhu


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 08:35 AM | Show all posts
Weller replied at 4-4-2023 05:52 PM
360 degree satu bulatan kan ?
kira balik asal ke?

dia keluar cycle yang koyak tu, dia masuk cycle sebelah.
nanti kalau ada ubah lagi ke arah lain, dia masuk cycle sebelah

jadi kita ada banyak 360 darjah dah la kiranya

satu dah habis, kita bukak baru

atau reporter tak tahu, 360 darjah ni macam mana

omputih kata back to square one

ke kita yang tak pandai math

eh tak tahu lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 5-4-2023 08:35 AM
dia keluar cycle yang koyak tu, dia masuk cycle sebelah.
nanti kalau ada ubah lagi ke arah lain, d ...

Maybe 360• tu maksud nya berubah habis…sebab habis 1 pusingan

Kalau 180• pon logik jugak sbb separuh bulatan …bulatan bahagi 2.side to side yg berbeza…hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tk kan membaca je tk p belajor mcm ustaz2 hebat bole dpt tauliah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 08:55 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 6-4-2023 07:24 PM
Maybe 360• tu maksud nya berubah habis…sebab habis 1 pusingan

Kalau 180• pon logik jugak sbb s ...

daku suka perbincangan begini, penuh ilmiah. moga ada cikgu matematik masuk gelanggang untuk pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 04:30 PM | Show all posts
kalau jadi ostad & ostajah terus auto kepam ke? jarang nampak ostad ostajah yg wangi, bergaya. tetap nampak kepam sekepamnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 1.335005 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list