View: 2360|Reply: 0
|
Proses pemulihan Espargaro masih panjang
[Copy link]
|
|
ESPARGARO terbabit kemalangan di Grand Prix Portugal. FOTO EPA
Termas de Rio Hondo: Pol Espargaro tidak lagi diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terbabit kemalangan di Grand Prix Portugal namun proses pemulihannya masih panjang, kata bos GasGas Factory Racing Tech3, Herve Poncharal.
Espargaro terbabit kemalangan pada sesi latihan bebas di Portimao dan mengalami lebam di paru-paru, patah rahang dan tulang belakang dorsal selepas dia tercampak dari jenteranya sebelum melanggar penghadang tepi.
Pelumba berusia 31 tahun itu tidak beraksi di sesi kelayakan, pecut serta perlumbaan sebenar akibat kemalangan itu dan kembali ke Barcelona untuk menjalani pembedahan.
"Saya ada berita yang sangat baik mengenai Pol, dia mahu kembali selepas berasa sedih beberapa hari lalu dengan bersendirian di bilik rawatan rapi tanpa kemungkinan untuk bangun dari katil.
"Apabila anda mengenalinya ia pasti mengecewakan. Berita baiknya ialah dia sudah dipindahkan ke wad biasa. Dia bangun serta cuba berjalan beberapa langkah dan ia nampak baik.
"Sebelum ini kami berasa bimbang dengan tahap semangatnya tetapi sekarang ia adalah hari yang baru untuk Pol. Kami tidak mahu bercakap mengenai berapa lama dia akan keluar, kerana pelumba kadangkala boleh mengejutkan kami," kata Poncharal.
Poncharal berkata, Espargaro tidak boleh bercakap dan terpaksa makan dengan straw tetapi masalah utamanya ialah di bahagian belakang.
"Untuk meyakinkan semua orang dia akan kembali bergerak, berlari, berjalan dan bersedia menunggang jentera MotoGP semula, ia mengambil masa untuk memulihkan tulang belakangnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rgaro-masih-panjang |
|
|
|
|
|
|
| |
|