CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11233|Reply: 1

5 kisah Ramadan bintang popular dunia

[Copy link]
Post time 25-3-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode

PENYANYI SZA, DJ Khaled dan model ternama dunia, Bella Hadid antara selebriti antarabangsa yang beragama Islam dan menyambut Ramadan.

5 kisah Ramadan bintang popular dunia

RAMADAN merupakan bulan paling suci bagi umat Islam. Ramadan juga menjadi bulan istimewa bagi 1.9 bilion Muslim di seluruh dunia. Pada bulan inilah, al-Quran diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Barangkali ada yang tidak menye­dari bahawa Islam memberi dampak tersendiri dalam perkembangan budaya pop di Hollywood. Ramai figura berpe­ngaruh di sana bangga dengan ‘status’ Muslim dan setiap kali bulan Ramadan datang, mereka akan berkongsi kegembiraan dengan mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam.

Sehubungan itu, HibGlam menyenaraikan beberapa nama ‘papan atas’ di Barat yang sebenarnya beragama Islam, rutin Ramadan yang dijalani, termasuk bagaimana mereka menyesuaikan diri di pentas global dengan cemerlang dalam kerjaya masing-masing.

HALIMA ADEN

Fakta: Model berketurunan Solamia-Amerika Syarikat, Halima Aden menggegar dunia apabila menyertai pertandingan ratu cantik, Miss Minnesota USA. Dia merupakan wanita berhijab pertama menyertai pertandingan terbabit dan berjaya menjadi peserta separuh akhir.

Selepas mencuri perhatian dunia dengan menandatangani kontrak dengan syarikat ternama dunia, IMG Models dan menjadi wajah jenama kecantikan milik Rihanna, Fenty Beauty pada 2017, dia membuat kejutan bersara dari dunia peragaan pada 2020.


HALIMA ADEN

Sebagai Muslim yang taat suruhan agama. Halima tidak membiarkan dirinya hanyut. Halima pernah berkata: “Ramadan bulan paling suci dalam Islam sebelum bercuti. Paling bermakna, dapat berkumpul dengan keluarga tersayang. Itu antara erti bulan suci ini buat diri seorang Muslim.”

BELLA HADID

Fakta: Nama Bella Hadid tidak perlu diperkenalkan. Dia seorang supermodel berpengaruh dan mempunyai pendirian tersendiri. Satu tentangnya, pegangan teguhnya tentang Islam dan hak orang Palestin. Biarpun selalu berpenampilan seksi dan mencolok mata disebabkan kariernya sebagai seorang model, pegangan agamanya tidak pernah terhakis.

Setiap kali tibanya Ramadan, Bella atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid tidak pernah ketinggalan mengucapkan dan memanjangkan doa buat para pengikutnya dalam media sosial.

Bella pernah mendedahkan bahawa Ramadan sangat bermakna kepada dirinya ketika usia kanak-kanak. “Saya masih ingat keindahan Ramadan dan berpuasa bersama bapa dan keluarga. Hari Raya sangat istimewa di hati saya dan dapat menyambut kemenangan bersama-sama,” coretnya menerusi Instagram.

MAHERSHALA ALI

Fakta: Pemilik nama lengkap, Mahershalalhashbaz Gilmore membuktikan pegangan agama bukan penghalang untuk menggapai impian sebagai aktor terhormat di Hollywood. Dua kali merangkul trofi Oscar, Mahershala Ali ialah susuk yang sangat taat kepada agama.

Ditawarkan watak yang memerlukannya menjayakan adegan ranjang, dia tolak. Baginya, jika lakonan memerlukan dirinya ‘menjual’ maruah agama, lebih baik dilupakan.


MAHERSHALA ALI

“Pernah sekali saya dapat satu karakter dalam projek, namun diletakkan syarat perlu bercium. Saya cakap terus terang kepada pengurus bahawa kalau memang perlu saya buat semua itu, saya rela tolak,” katanya kepada portal EW.

Mahershala menganut Islam pada 2000 dan menukar nama daripada Gilmore kepada Ali. Mahershala pernah mendedahkan selalu menjadi subjek rasisme terutama ketika di lapangan terbang dan bank, paling ketara selepas tragedi 11 September 2001.

DJ KHALED

Fakta: Khaled Mohammed Khaled atau nama pentasnya, DJ Khaled merupakan penganut Islam yang taat. Barangkali ramai yang skeptikal dengan gaya hidup hedonistik di Hollywood, namun sekitar hujung tahun lalu, Khaled berkongsi perjalanan rohani mengerjakan umrah buat pertama kali dalam hidup.

Pernah tular sepotong video menunjukkan Khaled beremosi sehingga mengalirkan air mata apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. “Saya mendirikan solat setiap hari, namun saya tak tunjuk kepada umum kerana itu adalah soal hubungan saya dengan Tuhan,” katanya dalam satu temu bual.

Penerbit muzik berpengaruh itu bagaimanapun mendedahkan dengan penuh kejujuran bahawa dia tidak berpuasa penuh disebabkan beberapa perkara. “Saya berpuasa tapi saya nak jujur dengan anda semua. Kadang-kadang, saya ‘ponteng’ puasa disebabkan beberapa perkara. Macam sebelum ini kita diserang dengan wabak Covid-19. Saya takut sistem imun saya makin tidak kuat kalau terus berpuasa penuh,” ujarnya dalam satu siaran ‘live’ Instagram.

SZA

Fakta: Penyanyi yang popular dengan lagu Kill Bill itu dibesarkan mengikuti agama Islam. SZA atau nama sebenarnya, Solána Imani Rowe dibesarkan dengan gaya hidup seorang Muslim disebabkan bapanya, Nerisha Penrose.

Katanya, biarpun tidak lagi bertudung, itu tidak melambangkan imannya terhadap Allah SWT.



SZA
“Saya teringin nak pakai tudung tetapi saya tak bersedia kerana pakai dan kemudian beraksi ‘gila’ di pentas persembahan. Saya tak nak kurang ajar dengan agama sebab saya sangat sayang dan hormat agama (Islam) demi diri sendiri dan bapa saya,” ujarnya.

SZA juga mengakui dia memang akan berpuasa di bulan Ramadan melainkan tidak sihat. “Mengapa tidak (saya berpuasa) kecuali saya sakit pada hari itu,” ujarnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... tang-popular-dunia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
david chapelle pun muslim teringin nak tau dia puasa ke idok? tapi penah ke makkah katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.274542 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list