CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: redseven

Rasuah dan integriti orang malaysia teruk?

[Copy link]
Post time 10-12-2010 03:40 PM | Show all posts
nak komen sikit pasal tak beri rasuah

cuba juga tak mau beri rasuah kat org gomen atau swasta

tapi resultnya jadi bergini:

Fail ilang
isi borang salah
dia cuti
dia meeting
takde kat opis
boss kata tunggu taqhun depan
dlm perhatian
tarikh tah luput

belum semak lagi
dlam perhatian
kami belum terima jawapan
awal tak ikut prosidur

ini salah dari segi undang2
anak dia bersunat
bini nak bersalin
dah lupa kes yg mana ni ek
awak dah hantar ke belum fail tu
siapa yg terima ada bukti tak?

bila beri rasuah je kesemua di atas tak timbul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 09:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by figurae at 5-1-2011 12:43

hurm.. bab-bab ni memang banyak sgt la berlaku. dah jadi biasa tu kadang-kadang. as for me sbg org kecik keje kerajaan.. pernah la jugak berdepan situasi kite tak mintak pun.just wat kerja kita je tapi orang hulur.pengalaman kawan-kawan plak, kadang kite tolong cari fail pon orang ade hulur. tapi pada saya sendiri mmg tak ambikla sebab senangye sekejap je pastu wat bagi anak makan jadi darah daging.karma wooo.. kang anak jadi mat rempit bohsia.. tamaula.. siap pesan kat asben, kalau nampak saye ni keje dah terpesong bagitau.. saya nak benti. lagipun duit ni mcm cepat abis tau..drpd pengalaman org yg ade mkn duit ni.. cermin keta pecah, tayar pancit, plg teruk keta ilang.macam-macam masalah la timbul

ade gak jabatan yang orang suke selit duit cecelah fail/ kertas.sampai jenuh la staff shred kan duit tu.pon ade juge..

sesape yang nak repot tu, sprm kan dah bukak ofis kat taman maluri sana.. besar.mase kursus induksi dulu ade slot dgn sprm.penceramah tu cakap.. repot daripada anounymous pon diterima.surat layang pun derang bukak file tapi kene ade maklumat la.kalau surat layang sekadar luahkan itu ini takde  maklumat derang pon tak boleh wat ape. and kalo rajin bleh langgan servis kat website sprm, dia akan alert kita setiap tangkapan yang dibuat.servis ni free je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 01:19 PM | Show all posts
Aku pernah nak dibagi duit (tp xtau berapa jumlahnya, cuma nmpk beberapa keping note RM50) lps buat interview majikan utk kelulusan majikan yg ambil pekerja asing. Mula2 tergamam bila majikan sua duit tu. Tp tolak cara baik la.
Cuma aku sedih sbb pd aku dia menyamakan nilai kita dgn duit yg dia nak bagi. Klu ikut rasa xprofesional, mmg xde sorg pekerja pun aku sokong utk kelulusan. Tp, dia masih layak, so bertindak cara profesional la.
Lepas drp kejadian tu, mmg tiap hari berdoa supaya ditetapkan iman & terhindar dr rasuah. Kdg2 terfikir, masa kerja pukul 8 smpi 5 kat ofis pun blm tentu berkat (sbb borak, baca suratkabar, forum, FB, etc) apa lagi nak tambah dgn dosa2 rasuah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 06:39 AM | Show all posts
Aku x berani nak cakap direct tapi kat mana-mana pun ada, besar-besar gak.
http://empayarutama.blogspot.com/2010/12/apa-cerita.html
http://empayarutama.blogspot.com/2011/01/serius-ke.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:54 AM | Show all posts
Gejala rasuah ni mmg agak sukar dibendung. Selagi ada yg menghulur pasti ada yg akan menerima. Kebiasaannya pihak yg menerima ialah pihak yg menguatkuasa undang2 dan yg berkuasa dgn undang2. Orang yg menghulur sudah pasti ada tujuan disebaliknya dan yg menerima pasti akan tersepit suatu hari. Mcm org hisap dadah, sekali korang hisap sampai bila2 korang akan hisap dadah. Kalo x hisap dan berenti tiba2 jer, matilah jawabnya kecuali dptkan rawatan yg sebetulnya. Sama mcm rasuah org yg menerima pasti selamanya akan menerima walaupun satu hari dlm hidupnya dia cuba nak berhenti. Pasti dia akan diugut atau pun nyawa family mereka terancam sekiranya mereka tak terima dan luluskan sesuatu perkara yg melibatkan kuasa membuat keputusan dan kelulusan.

Sepatutnya kalo ada kes pemberian tender yg ada unsur2 rasuah cuba dptkan bukti dan kemudian adukan kepada SPRM. Kalo pegawai kanan kerajaan yg bertanggungjawab meluluskan tender ke ataupun apa2 urusan dan dia minta habuannya adukan aje pd SPRM. kalo 1st time kena mcm tu tanya bagaimana nak 'bagi' dan tanya dgn SPRM apa tindakan seterusnya. mmg kita kena banteras dr atas dahulu sebelum di peringkat bawahan. yalah org bawahan ni berani bila org diatas pun buat perkara yg sama. Masyarakat pun jgn asyik merungut2 jer tapi x berusaha pun nak kasi kena dgn org diatas tu yg biasanya kita panggil ikan jerung. Apabila tiada org yg mahu menerima sudah tentu org yg nak memberi akan fikir banyak kalikan.

Satu lagi budaya komisen didalam kerajaan nie. sudah banyak yg diseliweng. sepatutnya budaya tu mmg takde pd mulanya tapi disebabkan org yg memberi mahu cepat dibagilah dgn diserta bersama dokumen yg nak di mohon.proses. Budaya komisen nielah yg ramai pegawai kerajaan sedar atau tidak ialah rasuah. Cuma dlm fikiran mereka budaya tu tak salah. Aku mmg pelik kenapa nak dibuat komisen sedangkan mmg tugas dia kan. Kalo mcm tu x payahlah diberi gaji. Suruh diorg nie suma makan komisen jer. tapi kena ada limitlah kan. nanti negara boleh muflis sekelip mata.

p/s: berkhidmat untuk rakyat tapi kenapa nak komisen kan. kononnya.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:14 PM | Show all posts
Kita da banyak lakukan kesalahan, kalau kita tak tukar  cara kita masa depan gelap, lagipun sekarang ramai orang melayu korupsi sanggup jual  satu kuasa yang amat berharga dengan duit sebab rasuah membinasakan diri dan negara.

Jika zaman dulu tahun 1946 masa kita miskin takde orang nak rasuah, sebab kita miskin lagi tapi kita kena ingat tak kan ada Pulau pinang, Singapura kalau kita taknak duit masa tu Singapura dah kena jual 60,000 Spanish dollar.  

Sekarang apapun sekarang mudah dibeli termasukla kuasa dan penguatkuasaan. Orang melayu sekarang mudah dibeli, masa depan gelap..bangsa lain yang maju
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.566280 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list