View: 440|Reply: 0
|
Hamilton dijangka bersara hujung 2023
[Copy link]
|
|
HAMILTON gagal menyerlah tahun lalu.
London: Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) Lewis Hamilton masih belum membuat keputusan mengenai kontrak baharu kerana mahu melihat kemajuan dicapai jenteranya terlebih dahulu, menurut Jensen Button semalam.
Mercedes berdepan musim sukar pada 2022 dengan Hamilton gagal memenangi perlumbaan kali pertama dalam kariernya.
Jaguh berusia 38 tahun itu kini berada di penghujung karier dan mungkin membuat keputusan bersara hujung tahun ini jika Mercedes gagal bersaing dengan Red Bull sekali lagi.
Dia ditawarkan kontrak lanjutan dengan gajinya meningkat daripada £22 juta (RM118.73 juta) ke £62 juta (RM334.63 juta) setahun.
Namun Button berpendapat Hamilton enggan terburu-buru menurunkan tandatangan sebaliknya mahu melihat dahulu kemajuan dicapai keretanya.
Juara dunia 2009 itu berkata kepada The Telegraph: "Adakah dia akan tandatangan jika tidak kompetitif kerana dia mahu kereta lebih laju sekali lagi sebelum bersara?"
"Atau dia berfikir, jika ia tidak lebih baik, saya akan bersara, siapa tahu." Button turut mendakwa Red Bull pasukan pilihan menjuarai kategori pengeluar musim ini tetapi dia juga turut teruja menyaksikan persaingan rakan sepasukan Mercedes, Hamilton dan George Russell.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bersara-hujung-2023 |
|
|
|
|
|
|
| |
|