CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 6

Kareena Kapoor tak dambakan Hollywood

[Copy link]
Post time 28-2-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode


KAREENA KAPOOR

Kareena Kapoor tak dambakan Hollywood

DIPILIH sebagai pelakon suara latar untuk watak popular Marvel, Black Widow bagi siri versi India Wastelanders memberikan pengalaman baharu buat aktres Kareena Kapoor.

Biarpun teruja dengan sambutan ramai, isteri kepada Saif Ali Khan itu mengakui tidak pernah menyimpan angan untuk melangkahkan kaki ke Hollywood seperti beberapa bintang Bollywood lain.

Katanya, dia gembira jika dapat berkongsi layar dengan pelakon seperti Ryan Gosling, namun lebih selesa beraksi dalam penerbitan lokal.

Bagi pelakon berusia 42 tahun itu, segala-gala yang penting ada di tanah air sendiri termasuk jati diri serta keluarga yang membuatkannya selesa.

Malah akui Kareena, mungkin impiannya tidak sama dengan rakan seperjuangan lain, namun baginya semua insan mempunyai pandangan tersendiri.

Menurutnya lagi, dia memang tidak pernah terfikir untuk meninggalkan India bagi menembusi peluang di luar negara khususnya Hollywood.

Apabila Marvel ‘turun’ ke persada seni di negaranya, secara tidak langsung dia sanggup terima tawaran terbabit dalam projek tersebut kerana tidak memerlukannya ‘terbang’ jauh.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... dambakan-hollywood/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 05:10 PM | Show all posts
Ke takda offer?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la duit dh banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 6-3-2023 09:09 PM

Pelakon Bollywood pun susah nak cipta nama kat Hollywood. Setakat berlakon 1-2 filem jadi supporting dengan screentime 5-10 minit boleh le.

Priyanka tu pun semput jugak kat Hollywood tu walaupun dah menetap dan kawen laki caucasian kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg la sbb ko tak layak!!! berlakon pun kayu kejung jer..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon bukan best mana pun harap body jela sexy cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2023 11:53 AM | Show all posts
dia vip kat bollywood. kat hollywood bukan sesapa. jd buat ape nak buang masa. y penting dah beranakkan waris kerabat kaya. terjamin hidup sampai mati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064741 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list