CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

Anak Shahrol Yuzy tunjuk belang

[Copy link]
Post time 26-2-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Shahrol Syazras (kanan) meraikan kemenangan bersama ayahnya, Shahrol Yuzy (kiri) di Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023, hari ini.

SEPANG: Pelumba Honda Yuzy Estremo, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy berjaya menewaskan dua juara keseluruhan pada Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 hari ini, sekali gus meraih kemenangan sulungnya dalam kelas CP150 sejak 2017.

Anak kepada legenda sukan permotoran dua roda Shahrol Yuzy Ahmad Zaini itu melengkapkan 11 pusingan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang Utara dengan catatan keseluruhan 14 minit 33.768 saat (s) untuk menewaskan dua bekas juara keseluruhan sebelum ini Ahmad Afif Amran dan Azroy Hakeem Anuar.

Afif (PETRONAS SPRINTA Yamaha- CKJ Racing) yang pernah meraih gelaran juara keseluruhan pada 2018, 2019 dan 2022 dan rakan sepasukan Shahrol Syazras, Azroy pula muncul juara pada 2021, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

"Pada perlumbaan tadi, saya tak sangka boleh menang. Pada dua pusingan terakhir, saya lihat semua pelumba banyak bertahan kerana (mereka) tak mahu ke depan, jadi saya lihat ada peluang dan saya ambil peluang itu.


"Ini adalah kemenangan pertama saya sejak 2017. Bagi saya, ia satu permulaan yang baik. Dari tahun lalu, saya berusaha gigih untuk dapatkan kemenangan ini. Apabila tahun lalu tak dapat menaiki podium, tak menang, saya memberi fokus penuh untuk tahun ini.

"Saya ulangkaji kesalahan sebelum ini dan kali ini, saya hanya reda, tawakal dan fokus sehinggalah tamat perlumbaan," kata Shahrol Syazras yang pada tahun lalu menamatkan kempen dengan berada di tangga ke-15 dengan mengumpul 26 mata.

Dalam kelas CP125, pelumba kelahiran Taiping, Perak, Md Syafiq Rosli memenangi perlumbaan dengan catatan 11:21.598s meskipun terpaksa bertarung dalam keadaan cuaca yang panas.

Pelumba PETRONAS SPRINTA Yamaha Maju Motor itu menewaskan dua pencabar terdekatnya, Md Amirul Ariff Musa (SCK Honda Racing Team) yang berada di tempat kedua dengan catatan 11:21.814s dan Md Syamil Amsyar M Iffende (PETRONAS SPRINTA Yamaha-31 Racing) di tempat ketiga, 11:22.274s.

"Alhamdulillah, motosikal saya pun berada dalam keadaan baik untuk perlumbaan kali ini. Bagi saya, satu permulaan musim yang baik. Tahun lalu, tuah tidak menyebelahi saya dan saya memberikan tumpuan penuh untuk tahun ini.

"Perlumbaan tadi memang sengit dengan cuaca yang panas. Strategi saya hanya kekalkan momentum untuk berada di kelompok depan, ikut motosikal lain dan membuat keputusan apabila perlu 'menyerang' dan syukur strategi itu menjadi," kata Syafiq.

Saingan Cub Prix selepas ini bakal beralih ke Litar Jempol, Negeri Sembilan pada 11 hingga 12 Mac ini.

https://www.bharian.com.my/sukan ... -yuzy-tunjuk-belang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.216211 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list