View: 452|Reply: 0
|
Zaqhwan tekad pertahan gelaran
[Copy link]
|
|
ZAQHWAN ketika beraksi di ARRC 2022.
Kuala Lumpur: Juara bertahan dari Malaysia, Zaqhwan Zaidi dan pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar yang menjuarai kelas SS600 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tahun lalu akan dipertaruhkan sekali lagi oleh Pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA (HADR) bagi mengharungi saingan kelas perdana ASB1000 musim ini.
Pengurus Pasukan HADR, Makoto Tamada berkata, dia sangat gembira dengan kemampuan kedua-dua pelumba berkenaan dan percaya masing-masing akan saling menunjukkan persaingan sihat yang mampu menaikkan lagi prestasi mereka dan juga pasukan.
"Moral dan semangat keseluruhan pasukan akan meningkat dengan persaingan sihat antara satu sama lain. Kami akan terus berusaha gigih untuk menjuarai siri kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Oleh itu, teruskan menyokong kami," kata Tamada.
Dalam pada itu, Zaqhwan yang muncul juara ASB1000 musim lalu selain mempunyai rekod menarik di ARRC apabila pada 2014 dan 2016 meraih gelaran juara Asia dalam kelas perdana ketika itu SS600 mengakui ia bukan satu tugas mudah buat dirinya untuk mempertahankan kejuaraan.
Bagaimanapun katanya, dia akan cuba melakukan tunggangan terbaik dan akan berusaha gigih bagi memastikan gelaran tahun lalu kekal dalam gengamannya.
"Sasaran tahun ini sama seperti tahun lalu, iaitu mempertahankan gelaran. Saya tahu ia akan menjadi lebih sukar dan mempunyai sedikit tekanan tetapi bagi saya, saya menyukai perasaan sebegini.
"Cabaran dan tekanan membuatkan saya lebih fokus dan menjadikan saya lebih kuat untuk bersaing. Saya akan melakukan yang terbaik dan mahu meningkatkan lagi keserasian dengan jentera. Saya akan berusaha gigih mencapai sasaran ini," ujarnya.
Untuk rekod, saingan pembuka tirai musim 2023 dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand dari 24 hingga 26 Mac ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ad-pertahan-gelaran |
|
|
|
|
|
|
| |
|