CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

Alonso tetap membara

[Copy link]
Post time 14-2-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

ALONSO (kiri) dan Lance Stroll bersama jentera AMR23 Aston Martin di Silverstone.

Silverstone, England: Masa tidak memihak Fernando Alonso tetapi juara dunia dua kali Formula Satu (F1) berusia 41 tahun itu yang meraih 32 kemenangan grand prix masih belum berputus memburu kejuaraan.

Namun pelumba Sepanyol itu mengakui sasarannya tampak sukar direalisasikan tahun ini.

Alonso menyertai Aston Martin dengan kontrak dilaporkan dua tahun berserta pilihan tambahan tetap bersemangat untuk membantu pasukan baharunya itu.

"Saya percaya ia boleh berlaku," kata Alonso yang meraih kejayaan bersama Renault, McLaren dan Ferrari kepada wartawan ketika sesi pelancaran jentera AMR23 di ibu pejabat pasukan di Silverstone semalam.

"Saya tak fikir tahun ini. Saya jujur mengenainya selepas melihat situasi semasa. Saya tak boleh berkata kepada sesiapa yang kami akan berjuang untuk kejayaan tahun ini.

"Saya akan menipu jika saya berkata demikian. Tetapi pada masa sama kami mahukan kereta yang bagus, memajukannya dan bekerja keras.

"Mungkin pada bahagian kedua tahun ini kami boleh merapatkan jurang jika mendapat peluang yang tidak akan kami lepaskan.

"Tetapi pada permulaan saya jangkakan beberapa perlumbaan sukar sehinggalah kami temui jalan penyelesaian."

Belum ada pemandu F1 yang menjuarai perlumbaan selepas tampil kali ke-300. Alonso sudah pun mencatat rekod 355 dan muncul pemandu tertua di grid.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lonso-tetap-membara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.170024 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list