CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 0

Asah bakat baharu penjaga gol hoki negara

[Copy link]
Post time 17-1-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

HAFIZUDDIN (tengah) beraksi cemerlang sebagai penjaga gol skuad hoki negara di Piala Dunia Hoki 2023, setakat ini. FOTO FB MHC

Rourkela, India: Penjaga gol nombor satu skuad hoki lelaki negara, Hafizuddin Othman, 31, beraksi dengan baik ketika menentang Belanda dan Chile pada saingan Piala Dunia 2023, tetapi kekurangan bakat baharu bagi menggantikannya.

Penjaga gol nombor dua negara, Andrian Andy Albert yang berusia 25 tahun hanya pernah beraksi dalam 10 perlawanan antarabangsa dan kurang berpengalaman.

"Hafizuddin mempunyai 87 kaps dan sudah berusia 30-an. Dia memberikan yang terbaik di Piala Dunia dan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan, tetapi sentiasa ada ruang untuk diperbaiki," kata jurulatih penjaga gol skuad negara, S Kumar turut berada di Rourkela.

Kumar berkata, bukan mudah untuk mencari penjaga gol berkualiti dan melatihnya kerana ia adalah posisi yang sukar untuk dikuasai.

"Kita mempunyai banyak program pembangunan di sekolah, NHDP (Program Pembangunan Hoki Negara) serta kelab yang melatih penjaga gol, tetapi lebih banyak perlu dilakukan jika kita mahu mempunyai kumpulan penjaga gol berbakat mantap dalam masa terdekat.

"MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) memang menghantar saya menyertai kursus penjaga gol di Belanda, baru-baru ini, tetapi selepas pulang saya tidak mempunyai masa untuk melaksanakan klinik di seluruh negara kerana perlu mempersiapkan kedua-dua penjaga gol kita untuk Piala Dunia.

"Selepas Piala Dunia berakhir, saya akan menghantar cadangan kepada MHC untuk mengadakan klinik penjaga gol di seluruh negara untuk mencari bakat muda dan menyediakan jadual latihan untuk diikuti.

"Kumpulan penjaga gol terpilih ini kemudiannya akan dipantau dan yang terbaik dalam kalangan mereka akan dilatih di peringkat lebih tinggi.

"Barulah kita boleh mempunyai kumpulan penjaga gol yang mantap untuk menggantikan Hafizuddin apabila dia bersara suatu hari nanti," kata Kumar yang dilabel salah seorang penjaga gol terbaik dunia semasa beraksi untuk negara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aga-gol-hoki-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.353258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list