|
ADLI raih kemenangan ke-11 dalam karier tinju profesionalnya. FOTO Adli Hafidz
Kuala Lumpur: Petinju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi, mengakui perancangan strategi yang menjadi antara punca dia berjaya menewaskan petinju Thailand, Nakhon Muensa, malam semalam.
Menurut Adli atau lebih dikenali sebagai 'Goldenboy' berkata, dia mengkaji lawannya dengan mengatur taktikal berkesan untuk memperoleh kemenangan ke-11 di dalam karier tinju profesionalnya.
"Lawan sudah dapat membaca pergerakan saya kerana pada September 2022 saya berlawan di Bangkok, Thailand, lawan menyaksikan pertarungansaya dan dia mengatur langkah untuk menentang saya.
"Pada pusingan pertama hingga ketiga lawan hanya tunggu saya mulakan pergerakan dan menunggu untuk tindak balas. Namun saya menukar strategi dengan bermain secara "in fight" dan alhamdulillah saya menang kesemua pusingan dengan kiraan mata 60-54," katanya.
Pada aksi yang berlangsung di 225 Joo Chiat Rd, Singapura, Adli menewaskan Muensa dengan keputusan sebulat suara selepas menghabiskan perlawanan sehingga pusingan ke 6.
Dalam pada itu Adli berkata, dia bertekad menjadikan 2023 sebagai tahun kebangkitan selepas tewas di tangan petinju India, Shiva Thakran bagi merebut gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) Continental Asia, September lalu.
"Fokus 2023 untuk mengembalikan keyakinan setelah tewas pertama kali di Bangkok keatas petinju India, Shiva Takhran pada September 2022. Saya mahu beraksi lebih empat pertarungan pada 2023 dan mahu mencabar semula kejuaraan WBC Asia sama ada kelas middleweight atau super middle weight.
"Saya akan berehat selama satu minggu dan akan meyambung latihan bagi mengekalkan prestasi saya dan setiasa bersedia untuk perlawanan seterusnya," ujarnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-adli-benam-nakhon |
|