CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Selangor] Wisma Jakel terbakar lagi

[Copy link]
Post time 3-1-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode

WISMA Jakel Shah Alam terbakar kali kedua selepas bahagian simpanan kain langsir dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM

Shah Alam: Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, mengalami kebakaran kali kedua apabila stor langsirnya terbakar tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 12.40 tengah malam.

Susulan itu katanya, sepasukan pegawai, anggota serta aset Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Puchong; BBP Kota Anggerik;BBP Damansara; BBP Sungai Pinang; BBP Petaling Jaya dan BBP Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.52 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

"Api kemudian berjaya dipadamkan keseluruhannya pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Januari lalu dan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 7.08 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 10 jam kemudian.

JBPM Selangor kemudian menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden, semalam.

Difahamkan, laporan siasatan penuh mengenai punca kebakaran akan diperolehi dalam tempoh sebulan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jakel-terbakar-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059616 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list