CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Selangor] Terkilan kerana sangka tiada orang di rumah

[Copy link]
Post time 2-1-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah yang hangus terbakar mengorbankan dua beradik. FOTO Hazreen Mohamad

Gombak: "Saya agak terkilan kerana ketika memecahkan cermin dan membuka pintu gelongsor yang tidak berkunci, saya sempat jerit bertanya sama ada penghuni di dalam namun tidak bersahut.

"Saya sangka tiada orang namun hanya mengetahui dua beradik itu ada di dalam rumah selepas jiran menghubungi ibu mereka," kata jiran dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, awal pagi tadi.

Rahmat Razali, 33, berkata, dia sempat menjerit memanggil namun ketika itu tiada sesiapa menyahut menyebabkan dia beranggapan tiada orang di dalam rumah.

"Api dah marak dan saya hanya nampak kepulan asap saja ketika itu.

"Kami hanya juga cuba memadam kebakaran sementara menunggu bomba datang namun api terlalu marak," katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira 3.30 pagi itu, dua beradik ditemukan rentung selepas rumah mereka terbakar.

Kanak-kanak yang ditemukan rentung dikenali sebagai Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

Difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci, dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah.

Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Normala, 48, berkata, ketika kejadian, anak dan menantunya tidak membawa kedua-dua cucunya keluar kerana mereka sedang tidur.

"Saya menerima panggilan jam 4 pagi mengenai kejadian terbabit.

"Ketika kejadian, anak saya dan suaminya pergi keluar makan jam 3 pagi kerana anak saya yang mengandung mengidam nak makan.

"Saya tidak sangka kegembiraan minggu lalu ketika menyambut hari jadi datuk mereka adalah kenangan terakhir bersama," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang di sini hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iada-orang-di-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053863 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list