CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Johor] 'Tak sangka ada lagi manusia lebih kejam daripada haiwan'

[Copy link]
Post time 28-12-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode

RUSLAN menunjukkan gambar cucu saudaranya yang maut dipercayai didera. FOTO Ahmad Ismail.

Segamat: "Memang tak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu (dera) hingga mengakibatkan kematian cucu saudara," kata Ruslan Ahmad, 47, datuk saudara kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia, semalam dipercayai akibat didera.

Ruslan yang ditemui di kediamannya di Labis mengakui terkejut sebaik menerima berita kejadian menimpa cucu saudaranya yang dikenali sebagai Lokman.

"Saya tidak menyangka ada lagi manusia yang lebih kejam daripada haiwan.


"Kalau insan normal, haiwan pun tak sanggup dideranya ...saya tidak nampak apa sebab sekali pun yang dia (pelaku) boleh melakukan perbuatan kejam seperti ini," katanya dengan nada sebak.

Ruslan berkata, sebelum itu dia dan isterinya, Rahimah Rahman, 45 pernah beberapa kali menjaga Lokman sejak dilahirkan pada 31 Disember 2018.

Katanya, dia dan keluarga amat menyayanginya sebelum kanak-kanak malang itu dibawa menetap di Batu Pahat.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu Lokman pada 29 Oktober, lalu.

"Kalau ikutkan, saya dan isteri ingin melawat Lokman di HSI sebaik dimaklumkan dia dimasukkan ke hospital, namun kami membatalkan niat memandangkan keadaannya yang tidak sedarkan diri dan memerlukan rawatan rapi.

"Memang rasa teramat terkilan jugalah sebab tidak dapat berjumpanya," katanya.

Ruslan berkata, urusan tuntutan jenazah mungkin dapat dilakukan esok dan mengikutkan perancangan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gatom di sini, sebaik semuanya selesai.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang, Jumaat lalu.

Polis turut mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan kanak-kanak lelaki terbabit.

Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jam-daripada-haiwan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.664970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list