|
MESSI menjulang Piala Dunia. -FOTO AP
Paris: Kapten Argentina Lionel Messi dikatakan sudah mencapai "perjanjian pada dasarnya" untuk memperbaharui kontraknya di Paris St-Germain, lapor BBC.
Messi, 35, yang membawa Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar akan menamatkan kontraknya di kelab Perancis itu pada Jun 2023.
Pada awal minggu ini Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata beliau "gembira" jika Messi kembali bersama kelab Sepanyol di mana dia menghabiskan 21 tahun bersama.
Namun dilaporkan bahawa Barca masih belum membuat sebarang tawaran kepada Messi.
Messi dijangka akan menandatangani perjanjian setahun dengan pilihan setahun lagi tambahan selepas empat bulan perbincangan antara pengarah bola sepak PSG, Luis Campos dan bapa Messi, Jorge.
Ia diikuti dengan pertemuan penting di Doha bersama pengerusi PSG, Nasser Al-Khelaifi.
"Semua sudah dipersetujui dengan PSG," kata pakar bola sepak Eropah, Guillem Balague.
"Barcelona tidak membuat sebarang tawaran kepada dia atau ayahnya setakat ini.
"Jadi bukan Messi tidak mahu kembali ke Barcelona tapi dia tidak ditanya soalan itu.
"Messi gembira dengan semua itu apabila dia pulang dari cuti, perjanjian akan dipercepatkan.
"Kehidupannya di Paris seimbang, gembira, semua orang menikmatinya dan juga mempunyai peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara sekali lagi.
"Tambahan pula ia akan membantunya untuk menjadi calon untuk Ballon d'Or sekali lagi."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-kekal-bersama-psg |
|