View: 387|Reply: 1
|
Lopetegui pacu Wolves catat kemenangan
[Copy link]
|
|
Lopetegui pacu Wolves catat kemenangan
WOLVES tewaskan Gillingham pada pusingan keempat Piala Liga. -FOTO Reuters
London: Julen Lopetegui mencatat kemenangan pertama sebagai pengurus Wolves selepas gol lewat perlawanan oleh pemain gantian Raul Jimenez dan Rayan Ait-Nouri memastikan kemenangan 2-0 di laman sendiri menewaskan Gillingham pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris awal pagi tadi.
Gillingham menafikan kedudukan mereka sebagai kelab terbawah dalam semua empat divisyen liga Inggeris untuk berdepan pencabar dari liga utama itu.
Kebuntuan untuk mencari gol di Molineux akhirnya terlerai minit ke-77 apabila Jimenez menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sebelum Ait-Nouri memastikan Wolves layak ke suku akhir dengan jaringan pada masa kecederaan.
Bekas pengendali Sevilla dan Sepanyol itu dilantik oleh Wolves bulan lalu selepas Bruno Lage dipecat berikutan hanya mencatat satu kemenangan dalam 15 perlawanan Liga Perdana.
Pengendali berusia 56 tahun itu memulakan usahanya untuk membawa Wolves keluar daripada kedudukan tercorot liga menentang Everton 26 Disember ini.
"Bagi saya ia hari yang sangat istimewa, sudah tentu, saya sangat gembira – tapi lebih daripada itu ia buat pasukan kerana kami mahu berada di pusingan seterusnya," katanya.
"Kami bekerja dengan memberi tumpuan yang bagus dan fokus, pada penghujungnya kami sangat gembira.
"Kini kami akan melihat perlawanan seterusnya. Kami ada cabaran besar di depan tetapi perlu bersedia menghadapinya. Banyak yang perlu kami perbaiki."
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... es-catat-kemenangan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|