CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Selangor] 'Tidak tahu kedudukan sebenar 9 mangsa yang tertimbus'

[Copy link]
Post time 20-12-2022 01:14 PM | Show all posts |Read mode
BATANG KALI: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berhadapan kesukaran kerana sehingga kini masih gagal mengesan kedudukan sebenar sembilan mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong yang masih hilang.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata anggota pasukan penyelamat kini melakukan pencarian berdasarkan timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.

"Kita tidak tahu di mana kedudukan sebenar mangsa tertimbus. Ini antara cabaran besar yang dihadapi anggota pasukan SAR, selain keadaan tanah di lokasi pencarian yang lembik.

"Hari ini kita tidak lagi menggunakan dua peranti canggih, Ground Penetrating Radar (GPR) dan hanya menggunakan anggota SAR di lapangan, Unit Anjing Pengesan (K9) serta jentera pengaut," katanya dalam sidang media di lokasi hari ini.



Anggota penyelamat menggunakan anjing pengesan ketika melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Beliau berkata, fokus pencarian pada hari kelima operasi hari ini dengan menumpukan di Sektor C sehingga ke atas (hill side).

Semalam, pasukan SAR mengesan lima lokasi dipercayai mengandungi bendasing berhampiran lokasi runtuhan selepas pengesanan dijalankan menggunakan GPR.

Hafisham berkata, operasi SAR dijalankan membabitkan sektor C ke sektor A berdasarkan penandaan yang dijalankan, namun gagal menemui mangsa.

Terdahulu, JBPM menggerakkan pasukan 'sweeper' untuk melakukan pencarian mangsa yang masih hilang di luar tapak kejadian utama tanah runtuh itu semalam.

Hafisham dilaporkan berkata, dua pasukan terdiri 28 anggota bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan dengan tumpuan pencarian di sekitar sungai dan lokasi sekitarnya.

"Anggota pasukan 'sweeper' pergi ke kawasan 'ground zero' kiri dan kanan sehinggalah ke sungai terdekat iaitu Sungai Kendondong dengan jarak lebih kurang tiga hingga empat kilometer.

"Pencarian bermula semalam disambung hari ini dan setakat ini tiada tanda-tanda (mangsa). Tunggu sehingga petang ini apa hasilnya," katanya.

Dalam kejadian jam 2.42 pagi Jumaat lalu itu berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan berkenaan yang terletak di Gohtong Jaya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dengan sembilan daripadanya masih hilang.


Anggota bomba melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

https://www.bharian.com.my/berit ... ngsa-yang-tertimbus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list