|
NICOLAS Otamendi (kiri) akan mengetuai benteng pasukannya apabila menentang Perancis.
DOHA: Nicolas Otamendi akan melengkapkan penampilan ke-100 bersama Argentina apabila beraksi pada final Piala Dunia berdepan Perancis di Stadium Lusail, hari ini.
Pertahanan berusia 34 tahun itu, pada mulanya dianggap ‘pelancong’ oleh segelintir peminat, namun dia membuktikan kehadirannya memberi sumbangan besar kepada Argentina.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim
2017-18 kerana memiliki seorang Superman (Otamendi).
“Kami ada Superman dalam pasukan. Semua orang bercakap tentang Raheem (Sterling), David (Silva), Kevin (De Bruyne), Sergio Aguero tetapi pada saya yang paling hebat adalah Nico.
“Dia pesaing terbesar pernah saya lihat dalam hidup saya. Dia sangat penting. Tanpa Nico, ia tidak mungkin, apa yang telah kami lakukan.
“Saya melihat perkara yang sama dalam Piala Dunia. Orang tidak mempedulikannya tapi dia adalah Superman Argentina, dia mengangkat pasukannya,” kata Guardiola.
Meskipun bakal berdepan serangan Perancis yang mengerunkan dibarisi Kylian Mbappe, Olivier Giroud dan Antoine Griezmann, namun Otamendi yakin untuk menyekat mereka.
“Kami adalah pasukan yang terdiri daripada 26 pahlawan. Kami berjuang untuk rakyat,” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... superman-argentina/ |
|