CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Selangor] 61 cerun bukit berisiko

[Copy link]
Post time 12-12-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode

MPAJ mengenal pasti sebanyak 61 cerun bukit di kawasan Ampang berisiko runtuh. -GAMBAR HIASAN



AMPANG JAYA: Lebih 61 cerun bukit di kawasan sekitar Ampang dikenal pasti berisiko dan mempunyai kebarangkalian untuk berlakunya kejadian tanah runtuh sekiranya tiada pemantauan.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Zon 23, Mohamad Samat berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan sejumlah amaun kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membuat pemeriksaan terperinci ke atas kawasan-kawasan cerun yang berisiko tinggi berkenaan.

Kata beliau, kerja-kerja penyelenggaraan sedang giat dilakukan di kawasan berkenaan untuk mengelakkan sebarang bencana.

Sejumlah lebih daripada 300 lokasi cerun termasuk kepunyaan pihak individu di dalam kawasan majlis.

“Setakat ini, di bawah MPAJ ada lebih 118 kawasan cerun dikenal pasti tetapi ada 42 lokasi daripada cerun berkenaan adalah berisiko.

“Sekarang kita dalam proses untuk melantik kontraktor untuk membuat kerja-kerja pembaikan cerun, menurunkan pokok-pokok yang besar dan pembaikan longkang-loangkang yang rosak bagi tindakan awal. Seterusnya akan ada tindakan-tindakan lain secara teknikal yang akan diuruskan oleh MPAJ,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Mohamad, cerun terbabit yang dikenal pasti menjadi tidak stabil sekiranya air hujan melampau sehingga menjejaskan kawasan itu.

“Kita sentiasa menjalankan pemantauan dengan lebih meluas agar kejadian tanah runtuh seperti ini dapat diminimumkan,” ujarnya.

Ditanya mengenai kejadian runtuhan tanah di Taman Halaman semalam, Mohamad berkata, kejadian itu merupakan kali kedua berlaku selepas sebuah rumah terjejas pada 15 November lalu.

Kata beliau, kawasan cerun berkenaan merupakan kawasan persendirian iaitu kediaman bertanggungjawab ke atas penyelengaraan cerun.

“Selepas kejadian pertama itu, kita pihak MPAJ ada me­nyerahkan notis kepada pemilik di kawasan kediaman ber­dekatan untuk melakukan pe­nyelenggaraan cerun tetapi tiada tindakan diambil sehingga kejadian tanah runtuh kali kedua berlaku semalam.

“Pihak Majlis hanya dapat membantu mereka melakukan pembersihan di kawasan terjejas tetapi setiap kerugian dan kero­sakkan yang dialami adalah tanggung jawab pemilik itu,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6 petang kelmarin, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di Taman Halaman, Ampang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sebanyak tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, digerakkan ke lokasi kejadian.

Daripada dua buah rumah yang terlibat hanya sebuah rumah yang berpenghuni dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. –UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... run-bukit-berisiko/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049253 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list