CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Selangor] Terkenang arwah ayah, abang sebak nikahkan adik

[Copy link]
Post time 10-12-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Shahrul (kiri) sebak ketika menjadi wali pernikahan adik perempuannya. FOTO ihsan Puteri Natasya Deera

Shah Alam: "Abang sedih sebab terkenangkan arwah ayah dan itu kali kedua saya melihat dia menangis selepas ayah kami meninggal dunia," kata Puteri Natasya Deera Kamarunizam, 20.

Abang Puteri Natasya Deera, Muhammad Shahrul Fitri, 26, sebak dan menangis ketika menjadi wali majlis pernikahan kakak kedua Puteri Natasya, Puteri Shazira Fatihah, 22, di Puncak Alam, di sini, Sabtu lalu.

Terdahulu, wanita itu membuat perkongsian video abang sulungnya itu sebak dan memangis ketika mewalikan pernikahan kakaknya di TikTok yang mendapat perhatian netizen.


Berkongsi cerita, Puteri Natasya berkata, bapa, Kamarunizam Kamaruzaman meninggal dunia pada Mei tahun lalu kerana penyakit buah pinggang.

Menurutnya, pernikahan kakaknya itu adalah majlis kenduri pertama keluarga mereka dan sebelum ini juga arwah bapa memang berhasrat mahu menikahkan dua anak perempuannya.

"Ayah disahkan sakit pada Mac tahun lalu dan meninggal dunia selepas dua bulan mendapatkan rawatan. Kami reda dengan pemergiannya cuma apabila tiba hari kenduri kami sebak sebab ayah memang mahu melihat kakak berkahwin.

"Abang mengambil tugas ayah menjadi wali dan ketika itu kami dengar suaranya bergetar sebelum dia turut menangis selepas pernikahan kakak sah kerana terkenangkan ayah," katanya.

Mengenai video TikTok yang mendapat perhatian itu, Puteri Natasya berkata, dia hanya mahu berkongsi kenangan di akaun peribadinya dan tidak menyangka mendapat perhatian warganet.

"Saya kongsi di TikTok tanpa pengetahuan abang kerana ini untuk kenangan saya dan abang hanya tahu apabila ramai kawannya tanya mengenai video itu.

"Abang beritahu kami dia menangis ketika kakak bernikah bukan sebab kakak sudah menjadi milik orang tetapi sebak kerana ayah tiada, malah ini adalah kenduri pertama keluarga kami," katanya.

Sementara itu, Muhammad Shahrul Fitri berkata, dia sudah berasa sedih sebelum majlis bermula dan rasa itu semakin kuat ketika berjabat tangan dengan adik iparnya.

"Memang sedih sebab ini sepatutnya tugas ayah tetapi ayah sudah tiada. Saya tiada masalah pun mahu menjadi wali dan gembira adik perempuan saya sudah bertemu jodoh cuma sebak kerana teringat ayah saja," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... sebak-nikahkan-adik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.331491 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list