CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Perak] Roti Ghafoor tujuh dekad

[Copy link]
Post time 10-12-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Zareen dan Harizah menjual roti Ghafoor di Jalan Sungkai-Teluk Intan dekat Kuala Bikam.

Bidor: Dahulu, pada peringkat awal pasangan suami isteri, Mohd Zareen Zulkefli dan Harizah Mohd Hanifah yang masing-masing berumur 32 tahun menjual roti Ghafoor yang dihasilkan daripada kaedah tradisional secara sambilan.

Ketika itu, Harizah tinggal di Kampung Ayer Itam, Hilir Perak manakala Mohd Zareen tinggal dan bekerja di Petaling Jaya, Selangor.

Namun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan mengusahakan jualan roti secara sepenuh masa.


Mohd Zareen mengakui idea mengusahakan jualan roti sepenuh masa dicetuskan abang ipar yang berkahwin dengan anak pengusaha Kedai Roti Ghafoor di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak.

Katanya, roti Ghafoor dahulunya diusahakan pemilik, Abdul Ghafoor dan selepas meninggal dunia tahun lalu, ia diwarisi anak bongsu, Farah Nadia, 33.

"Roti Ghafoor masih menggunakan kayu untuk membakar roti dan kaedah turun-temurun yang diwarisi biras saya dipercayai mampu mengekalkan keenakan dan rasa roti berbanding kaedah pembakaran moden.

"Bengkel roti berkenaan diasaskan sejak 1956 oleh arwah Abdul Ghafoor dan kekal sehingga hari ini dan menjadi sumber pendapatan kami sejak mengusahakan secara sepenuh masa," katanya ketika ditemui berniaga di tepi Jalan Sungkai, Kuala Bikam, Bidor, dekat sini.

Antara roti dijual ialah roti panjang, roti kelapa, roti kacang dan roti paun yang lebih popular dikenali sebagai roti benggali.

Pelanggan boleh memilih pelbagai perisa disediakan termasuk perisa kaya, coklat, kacang, majerin dan strawberi bagi yang memilih roti panjang atau paun dengan harga serendah RM1.60 sehingga RM6.50 sahaja.

Mohd Zareen berkata, selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pelbagai bangsa menyebabkan dia dan isteri mengambil keputusan mengusahakan jualan roti secara serius.

Menurutnya, keunikan rasa roti yang jarang ditemui serta berusia hampir tujuh dekad membuatkan kadangkala mereka tidak menang tangan melayan pelanggan terutama pada cuti hujung minggu.

Sementara itu, Harizah berkata, dahulunya Jalan Sungkai-Kuala Bikam hanya berpasir, namun selepas dinaiki taraf sekitar 2018 ia menjadi jalan pintas utama dari Sungkai ke Teluk Intan, Perak.

Katanya, pembinaan jalan terbabit sekali gus merancakkan peluang ekonomi kepada penduduk untuk terbabit dalam perniagaan.

"Saya bersyukur idea abang dapat membantu kami meneruskan hidup dan tidak perlu menjalani hubungan jarak jauh lagi.

"Berbekalkan modal membeli food truck berharga RM25,000, kini kami dapat berniaga setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga jam 7 malam," katanya.

Harizah berkata, mereka kini tinggal di Kampung Ayer Itam dan setiap hari berulang-alik ke Kampung Bahagia Teluk Intan untuk mengambil bekalan roti sebelum dijual dekat pekan Kuala Bikam.


Pengasas Kedai Roti Ghafoor, Abdul Ghafoor bersama anak perempuannya dan basikal yang digunakan untuk menjual roti diawal pembabitan (kiri) dan ketuhar pembakar roti tradisional. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ghafoor-tujuh-dekad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047289 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list