View: 673|Reply: 0
|
Kerber, Neuer jalin kerjasama sebagai ahli perniagaan
[Copy link]
|
|
KERBER dan Neuer berbangga dapat menjalin kerjasama dalam perniagaan berasaskan produk penjagaan kulit.
Kerber, Neuer jalin kerjasama sebagai ahli perniagaan
MUNICH – Bekas pemain No. 1 dunia, Angelique Kerber mengubah ‘angin’ dalam kariernya dengan bergelar ahli perniagaan selepas menjalinkan kerjasama dengan penjaga gol antarabangsa Jerman, Manuel Neuer untuk melancarkan produk penjagaan kulit dikenali sebagai Newkee.
Atlet berusia 34 tahun itu mengakui kerjasama itu tidak semudah yang disangka dan memerlukan masa yang agak panjang sebelum kata putus dibuat untuk menubuhkan produk berasaskan penjagaan kulit.
“Kami berdua merupakan atlet yang sering terdedah dengan cahaya matahari dan Neuer ada ceritanya tersendiri selepas mengesahkan mengalami kanser kulit di bahagian muka sebelum ini.
“Kemudian, kami berdua berbincang hal di luar sukan dan saya terkejut apabila kami cenderung dan memiliki minat yang sama tentang produk berasaskan penjagaan kulit.
“Justeru, selepas merencanakan projek ini dengan lebih rapi untuk hampir dua tahun, kami akhirnya berjaya mengeluarkan produk yang bernama Newkee dan kami tidak sabar untuk mendapat maklum balas daripada pengguna,” katanya.
Kerber yang mengambil keputusan untuk ‘gantung raket’ buat sementara waktu dalam arena tenis antarabangsa kerana mengandung anak pertamanya pada Ogos lepas juga mengakui tidak sabar untuk bergelar ibu.
“Saya akan bersalin tidak lama lagi. Buat masa ini fokus saya adalah untuk memastikan badan sentiasa sihat dan saya gembira memiliki keluarga terdekat yang sentiasa mengambil berat tentang keadaan diri,” kata pemenang Grand Slam tiga kali itu. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ai-ahli-perniagaan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|