CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 1

Polis Tahan Gadis 18 Tahun Jadi 'Bookie' Piala Dunia

[Copy link]
Post time 2-12-2022 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Gadis berusia 18 tahun antara dua 'bookie' pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 dan ejen nombor loteri haram yang ditahan polis dalam serbuan di Matang Jaya, Kuching, petang kelmarin.


Gadis berkenaan ditahan dalam serbuan pertama oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ke sebuah kedai makan, kira-kira jam 3.45 petang.




Gambar hiasan




Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek disyaki menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen nombor loteri tanpa lesen.


"olis turut merampas dua unit telefon, empat keping kertas jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 serta wang tunai berjumlah RM420," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, suspek mengaku bekerja sebagai ejen judi pertaruhan atau 'bookie' serta ejen menjual nombor loteri tanpa lesen.


"Dalam serbuan kedua di sebuah gerai buah-buahan jam 4.45 petang, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun. Suspek turut dipercayai menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen jual nombor loteri tanpa lesen.


"olis merampas dua telefon bimbit dan wang tunai RM540," katanya memaklumkan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.




Sumber: BH Online






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 08:12 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041330 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list