View: 1466|Reply: 10
|
Kasanova Nikah 6 Wanita Kantoi Dengan Abang Ipar
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di negeri Bihar, India akhirnya kantoi mengahwini enam wanita.
Rahsia yang disimpan rapi selama ini terbongkar selepas kasanova berusia 50 tahun itu dilihat bersama wanita lain di Stesen Kereta Api Jamui di Mallehpur.
 Foto: India Today
Individu yang berjaya menghidu hubungan sulit lelaki tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah abang iparnya sendiri.
Lapor New Indian Express memetik jurucakap polis di Jamui menyebut bahawa kasanova itu dikenali sebagai Chhotu.
"Chhotu ditangkap oleh abang kepada isteri keempatnya sekali gus menamatkan rentetan penipuan dan kecurangannya.
"Dia kemudian diserahkan kepada polis, namun dibebaskan kerana kes itu dianggap sebagai masalah keluarga," kata pegawai yang enggan dinamakan.
Difahamkan, Chhotu adalah penyanyi Okestra Maa Sharda yang berpangkalan di bandar Deoghar di negeri Jharkhand.
Menurut polis, Chhotu menggunakan ketampanannya untuk memikat sekali gus mengahwini wanita yang ditemuinya ketika mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian.
Kesemua enam wanita termasuk janda dan ibu tunggal yang dinikahinya berasal dari empat negeri berbeza.
Sumber: Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp elok pulak nak kawin dgn janda dan ibu tunggal |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 2-12-2022 11:22 AM
Muka kasanova tu adoii takleh blah..
Betoi laaa kata2 orang... muka huduh tu laa ...
Ikut mata sana hensem la tu..
Cube letak muke melayu hensem letak sana..dorg plak rasa hodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai mengayat ler tu sampai ramai jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
ayat power ni sebab kalo tgk dari segi rupa, errmmm......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|