CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 2

Wanita Takut Tapi Teruja Bersatu Dengan Keluarga Selepas Diculik 51 Tahun Lalu

[Copy link]
Post time 1-12-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita dipercayai diculik 51 tahun lalu berjaya disatukan semula dengan keluarganya di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat.


Ketika kejadian mangsa, Melissa Highsmith berusia 22 bulan dilaporkan diculik seorang pengasuh pada tahun 1971.


Memetik laporan media antarabangsa, keluarga wanita itu berkata, mangsa yang kini dikenali sebagai Melanie Brown tinggal di Fort Worth sepanjang hidupnya.




Jeff Highsmith (kiri) dan Melissa Highsmith bercakap kepada media selepas pertemuan mereka. - Gambar AGENSI





Bapa kandung Melanie, Jeff Highsmith melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum mengetahui wanita itu mempunyai pertalian dengannya.


Bercakap kepada media, Melissa mengakui perasaannya bercampur baur selepas mengetahui perkara tersebut.


"Ia bercampur kegembiraan dan ketakutan... ketakutan, teruja dan hanya cuba memahami (apa yang berlaku)," ujarnya.


Sementara itu, Jeff berkata, dia dan keluarga tidak pernah berputus asa mencari anak perempuannya itu.


"Selama bertahun-tahun, kami melakukan beberapa cara.


"Kami akan pergi ke setiap negeri berbeza. Kami akan pergi dan bercakap dengan gadis yang berbeza, membuat DNA dan harapan kami tidak pernah musnah. Ia adalah sukar," akuinya.


Menurut Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Eksploitasi, pada tahun 1971 ibu kandung Melanie, Alta Apantenco membuat iklan mencari pengasuh di sebuah akhbar selepas berpindah ke Fort Worth.


Seorang wanita kemudian 'berminat' dengan iklan berkenaan dan berkunjung ke rumah Apantenco bagi melihat bayi perempuan itu.


Suspek dikatakan membawa lari Melissa pada 23 Ogos 1971.


Dalam pada itu, Jabatan Polis Fort Worth dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengemas kini hasil ujian DNA bagi mengesahkan identiti wanita itu.


Siasatan berhubung kes penculikan berkenaan masih dijalankan.




Sumber: AWANI








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 02:16 PM | Show all posts
Lamanya terpisah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:16 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.348149 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list