|
10 kebaikan air Coke Cola
" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu,
silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time
raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Bodoh vs Orang Pintar
Orang bodoh sukar mendapat pekerjaan, akhirnya berniaga…
Bermula dari bawah,modal kecil akhirnya perniagaannya berjaya
Agar perniagaannya terus maju, dia mengambil pekerja yang terutamanya orang yang pintar dan mempunyai kelulusan.
Akhirnya boss orang pintar adalah orang bodoh.
Orang bodoh sering melakukan kesalahan,
maka dia mengupah orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang salah.
Akhirnya orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk keperluan orang bodoh.
Orang pintar belajar untuk mendapatkan ijazah untuk mencari kerja yang lebih baik. Orang bodoh berfikir bagaimana mendapatkan wang untuk membayar proposal yang dimajukan orang pintar.
Orang bodoh tidak pandai membuat teks pidato,
maka dia menyuruh orang pintar untuk membuatnya.
Orang bodoh tidak lulus dengan cemerlang dalam SPM
oleh kerana itu orang bodoh memerintahkan orang pintar
untuk membuat undang-undang orang bodoh.
Orang bodoh biasanya pandai bercakap-cakap kosong, tetapiorang pintar percaya.
Tapi kemudian orang pintar menyesal kerana telah mempercayai orang bodoh.
Tapi pada masa itu orang bodoh sudah ada di atas.
Orang bodoh berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu yang difikirkan dengan panjang oleh orang pintar.
Kerana orang orang pintar menjadi stafnya orang bodoh memang sepatutnya dia tolong fikirkan untuk
Semasa perniagaan orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktunya untuk bekerja keras dengan hati senang,
sementara orang bodoh menghabiskan waktu untuk bersenang-lenang dengan keluarganya.
Mata orang bodoh selalu mencari apa yang boleh di jadikan duit.
Mata orang pintar selalu mencari di ruangan kerja kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum warahmatullah,
Kebanyakan dari kita memang gemar bersikap negatif terhadap diri sendiri. Ada kemungkinan, ia disebabkan teguran dan kritikan yang diperolehi semasa kecil. Kalau dahulu ramai yang menganggap, pujian tidak wajar diterima, tetapi kini ahli-ahli psikologi menyedari akan perlunya pujian sebagai penggalak dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik.
[size=130%]Tanda-tanda kurang keyakinan diri : - Bercakap dalam keadaan berbisik, kalau menjerit pun tidaklah sekuat mana.
- Bermain-main dengan hujung rambut atau tangan mengusik-usik barang kemas.
- Duduk dalam keadaan lutut dirapatkan dan tangan menutup lutut.
- Menaikkan bahu seolah-olah takut.
- Bercakap dengan cepat atau terburu-buru sehingga orang lain langsung tidak faham.
- Menyorokkan diri di sebalik buku atau surat khabar.
- Kelihatan hidup di dunianya sendiri, kerana tidak memperdulikan orang lain.
[size=130%]Keyakinan diri bermula dari dalam diri anda sendiri
Bukan semua orang mempunyai daya keyakinan pada diri sendiri secara sepenuhnya. Jangan mudah berputus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperoleh keyakinan diri. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membina keyakinan diri dan seterusnya memperoleh kekuatan dalaman yang akhirnya memberi sinar kebahagiaan dalam kehidupan kita. Di antaranya :
[size=130%]1 – Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda
Pastikan ia sesuatu yang boleh anda peroleh seperti belajar memandu atu mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja.
[size=130%]2 – Luahkan perasaan takut anda
Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian.
[size=130%]3 – Belajar dari pakar
Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus Motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlamat tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
[size=130%]4 – Latih depan cermin
Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati wtak jika berlatih di depatn cermin sebelum berada di pentas atau sebelum menghadiri temu duga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.
[size=130%]5 – Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh
Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkenyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup. Ke semua mereka ini boleh dijadikan contoh untuk membina daya keyakinan diri kita.
[size=130%]6 – Mendapatkan ‘feedback’ atau tindak balas
Tiada siapa yang tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan ‘feedback’ mengenai perkembangan diri anda.
[size=130%]7 – Berfikiran positif
Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran secara positif dengan meyakinkan diri anda bahawa anda sebenarnya seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan ‘tidak’ dan katakan ‘boleh’. Lama-kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.
[size=130%]8 – Menghargai diri sendiri
Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu. Walaupun caranya bukan mudah, terutama apabila segala yang anda lakukan boleh menyebabkan orang lain berasa marah terhadap anda. Ingatlah, sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan berasa takut dengan orang lain. Ingatlah, ‘nobody’s perfect’. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.
Kita perlu kuat dalam hidup ini. Kita perlu hidup demi memberi kehidupan dan sinar kebahagiaan kepada orang-orang yang sangat kita cintai. Malam dan siang adalah permainan hari, sedangkan kebahagiaan dan penderitaan adalah permainan hidup.
Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya.... Renung-renungkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Arghh,nyesal giler kawin..
Dari email blalang_group. Kredit kepada penulis asal artikel ni.
Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku.
Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan,aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.
Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon.
Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”.
Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape,
nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la,
pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh,nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile,
kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la.
Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho..
Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.
Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih.
Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.
Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..
Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound.
Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..
Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.
Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.
Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)
ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.
Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).
Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.
Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la
pentingnya cari isteri yang solehah!
“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah anda tau?
Adakah anda tau?! Aku pun baru tau..
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
3. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
4. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
5. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
6. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
7. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
8. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
9. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
10. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
11. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
12. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
13. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.
14. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office… |
|
|
|
|
|
|
|
Cara mengesan pembohong
Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, semasa seseorang berbohong, biasanya boleh dilihat dari keadaan fizikalnya. Salah satunya adalah dengan menatap matanya. Mengapa demikian?
Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawapannya jujur. Sedangkan jika matanya bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau berbohong.
Ini kerana bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreativiti. Maka bila bola mata ke kiri, bererti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan bererti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain kerana bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.
Ciri fizikal yang lain ketika seseorang sedang berbohong antara lain:
* Tidak berani menentang mata
* Badan berpeluh.
* Nafas tersekat-sekat.
* Nada suara berbeza seperti meninggi dan menurun.
* Badan dan wajah kelihatan kaku khasnya di bahagian dahi dan bibir.
* Tangannya banyak bergerak seperti memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
* Si pembohong tanpa menyedari akan meletakkan benda-benda seperti cawan, kertas,pen, atau benda lain sebagai pembatas.
* Cuba ubah topik pembicaraan, jika ekspresinya terlihat lega, bererti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, bererti dia sedang berkata jujur.
* matanya berkedip-kedip semasa bercakap kerana salah satu reflek agar ekspresi wajah lebih rileks
* Kaki bergerak-gerak |
|
|
|
|
|
|
|
permintaan lagu...
*Radio TERBAKO.FM*
Di satu pagi DJ Tapa sedang melayan pendengar dalam program “Permintaan Pendengar Terbakor”.
Tapau: Hello TERBAKO.FM ‘kita bakor jer’ sapa di sana?
Ajai: Ajai dari Zimbabwe..!
DJ Tapa: Waahh jauhnyer, Zimbabwe tuh! Dengar dari blog ker? (teruja)
Ajai: Takderla… hoho saja buat lawak bodoh. Ajai dari Seremban
DJ Tapa: Hehehehehe Ajai dari Seremban. Anda puasa tak ni buat lawak bodoh pulak pagi2 ni
Ajai: puasaaa..!
DJ Tapa: Dah lapar ke belum? cecite2..hehehe
Ajai: Dah lahh Tapau, tadi miss sahur.
DJ Tapa: Ok la Encik Ajai, kita teruskan,nak minta lagu apa ni?
Ajai: Bukan lagu tapi Azan Maghrib jer, dah lapar giler nih!
DJ Tapa: ………………… |
|
|
|
|
|
|
|
Ali Pakar Rumahtangga
Sumardi minta nasihat Ali yang lebih pengalaman kerana dia nak berkahwin lepas raya ni.
“Pada tahun pertama pernikahan, suami berbicara dan isteri yang mendengarnya.
Pada tahun kedua, isteri berbicara dan suami yang mendengarkan.
Pada tahun ketiga, keduanya berbicara, dan jiran yang mendengarkannya” |
|
|
|
|
|
|
|
lama aku x balik kampung nie... huhuhuhuhuuu..
Miskin dan kaya adalah takdir yang diberikan Allah SWT dengan sifat adilnya. Memang ada hadis yang mengatakan bahawa orang miskin akan masuk ke dalam syurga 500 tahun sebelum orang kaya, di sisi lain orang-orang kaya tetap di puji Allah SWT bilamana mereka mampu menggunakakan kekayaannya pada jalan yang syarie.
Ramai sahabat dan tokoh-tokoh sufi seperti Abdul Qadir Aljaylani, Hasan Assadili dan para pengikut thariqah Tijaniyyah yang kaya raya berlimpah harta akan tetapi kekayaannya tidak mengganggu keistiqomahan mereka dalam beribadah, maka dari itu kekayaan bukanlah sebuah aib yang harus di hindari.
Sebagai manusia biasa kita pasti lebih condong untuk di kurniakan anugerah kekayaan seperti Sulaiman AS dan agar terhindar dari kemiskinan dan penyakit seperti yang diderita oleh Ayub AS.
Menjadi kaya yang dipuji atau miskin yang terpuji ?
Keduanya memiliki peluang agar tetap mendapat keredhaan Yang Khaliq :
Kekayaan yang di iringi dengan rasa syukur ( menggunakakan semua yang di anugerahkan pada jalan Allah SWT) dan kemiskinan yang di sertaii dengan sifat sabar ( menerima segala seadanya tanpa komplain).
Diantara dua hal tersebut sebagian ulama salaf menyatakan bahawa: si kaya yang bersyukur lebih utama daripada si miskin yang sabar, dengan alasan bahawa si kaya cenderung lebih mudah terjerumus kepada kesombongan kerana mereka memiliki fasiliti dan wang untuk memenuhi segala hasrat dunianya (dengan mengkufuri nikmat harta, jiwa dan raga), sementara si miskin tidak boleh sombong riyak kerana keterbatasannya. Dan segala perkara yang lebih ukar pasti pahalanya akan lebih besar. walaupun nasib orang miskin juga mudah menggugat iman jika memang tidak di sertai dengan iman dan kesabaran penuh, tidak hairan jika Abu bakar Ra berkata “ kemiskinan boleh mendekatkan kepada kakafiran”.
Jika kenyataannya demikian, maka keadaan seseorang baik kaya maupun miskin adalah sama, tergantung bagaimana kita merespon keadaan tersebut.
So gunakanlah kesempatan sewaktu kamu miskin dan kayamu dengan bijak agar tidak terjadi perkara-perkara merugikan di masa depan.
Jikalau manusia diberi satu gunung emas maka nescaya dia akan meminta lagi satu gunung emas yang lainnya. Dan tidak ada yang boleh menjadikan anak Adam puas kecuali debu kuburan ( kematian). (AL HADIS)
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa Ajai di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…
Satu hari dia masuk ke kelab.
Dia duduk sorang-sorang di bar..
Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.
Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan macam raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.
Ajai yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia?
Awek pun aku takde…
Semasa Sumardi sedang ke tandas, Ajoi menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?
Sumardi membisik ke telinga Ajai: “Joi,ni gua nak bagitau lu…”
Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengan sendirinya.
Ajai menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada kapcai jer…”
Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”
Ajai: Ler…tu jer tektiknya.
Malam esoknya Ajai dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.
Ajai berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.
Tapi tidak ada respon sama sekali
Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.
tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.
Ajai tidak faham..
Korang nak tahu jawapannya ???
Sumardi akhirnya datang ke Ajai dan berbisik: “Ajai, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
lama tul aku x jegok kat umah nie... |
|
|
|
|
|
|
|
angketam posted on 3-8-2013 01:09 AM
lama tul aku x jegok kat umah nie...
update la blk...dah lupa pnah buka rumah kat sini dulu no
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|