View: 802|Reply: 4
|
Wanita Tengok Lelaki Tua Pengsan Depan Mata, Kepala Ingat Mati Je Bila Terperangkap Dalam Lif HKL
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berkongsi pengalaman mencemaskan apabila dia terkurung di dalam sebuah lif di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
Dalam video tular di TikTok itu, wanita dikenali sebagai Farah sempat merakam detik cemas berkenaan ketika dia bersama dua lagi individu terperangkap di dalam lif.
Bercakap kepada mStar, Farah berkata tujuan dia ke HKL adalah untuk melawat ibu saudaranya yang merupakan pesakit kanser.
"Wad ibu saudara saya tu dekat tingkat 3. Waktu saya sampai dekat lobi, saya nampak ada satu lif je untuk naik atas.
"Dan waktu nak naik lif tu tak ada langsung sign dekat depan yang mengatakan lif tu out of service. Saya pun ada nampak staf HKL keluar dari lif jadi maksudnya lif tu berfungsi.
 TikTok
"Dan saudara saya yang ikut sekali pun sempat tanya guard depan sama ada ia boleh digunakan atau tidak, dia cakap okay," kata Farah tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan mengenai lif tersebut.
Walau bagaimanapun, babak seterusnya hampir membuatkan jantung Farah luruh!
"Apabila saya tekan butang tingkat 3, semua macam biasa saja.
"Tiba-tiba keseluruhan lif tu bergegar. Dia macam jatuh ke bawah. Lepas itu dia tak bergerak dah.
"Kami jadi panik namun cuba untuk bertenang.
"Saya tekan butang loceng yang ada dekat situ, bunyi kring kring tapi tak ada apa-apa berlaku lepas tu," katanya menceritakan semula kejadian itu.
Lebih menambah resah apabila isyarat rangkaian telefon juga bermasalah.
"Saya nak call suami tapi tak dapat-dapat. Tapi nasib baik phone saudara saya boleh lepas nak call.
"Saya terus call suami saya dan dia bergegas datang. Waktu tu saya dah pasrah jika berlaku apa-apa.
"Ada terlintas dekat fikiran yang mungkin hari ni saya akan kehilangan nyawa. Macam-macam benda fikir ketika berada dalam lif tu," ujar Farah.
Keadaan yang berkuap dan ruang yang tertutup menyebabkan aliran udara terbatas sehingga menyesakkan nafas.
"Kami tersekat dalam lif dari pukul 5:30 petang sampai hampir pukul 7 malam. Satu jam setengah juga kami duduk dalam tu.
"Seorang pakcik yang turut sama dalam lif tu dah tak tahan panas, dia keluarkan handkerchief untuk kipaskan badan dia.
"Tak lama lepas tu dia pengsan, mungkin sebab dah tak tahan sangat. Sedih sangat, kami hanya mampu tunggu je tak boleh buat apa.
"Tapi lepas tu pakcik tu bangun balik dan badan dia memang dah berpeluh," kata Farah.
Tambah Farah, dia bersyukur apabila mereka akhirnya berjaya diselamatkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
"Mereka selamatkan kami melalui bahagian atas lif. Mereka buka siling lif tu dan ada seorang pegawai bomba yang masuk ke dalam.
"Dia tolong umpil dulu sedikit pintu lif tu nak bagi udara masuk. Lega kami, baru boleh bernafas.
"Lepas tu mereka cuba buka pintu lif nak bagi kami keluar. Laju mereka buat kerja. Akhirnya kami diselamatkan," kata Farah penuh kesyukuran.
Ujar Farah, hingga kini kejadian tersebut meninggalkan trauma dalam dirinya.
"Ya Allah takut sangat apabila fikir balik. Harap sangat semua premis boleh maintain betul-betul lif mereka.
"Trauma sangat rasa. Lepas ni kalau nak masuk lif memang rasa seram," katanya mengakhiri bicara.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya..
Hospital kajang pun lif buat orang cuak bila naik.
Baik naik tangga dari terperangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya kesemua lif yang ada atas muka bumi ni direka khas ada satu lubang pengudaraan khas supaya bila berlaku kes2 kecemasan macam ni, mangsa2 dapat bernafas. Walaupun berkemungkinan mangsa2 takkan mati lemas, tapi tetap lebih elok kalau diwujudkan atas dasar kemanusiaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lif from hell!!! Kalo pakcik ni perogol camne? |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|