View: 1252|Reply: 19
|
Tu Dia! Lebih Sejuta Kilogram Sampah Dikeluarkan Dari Sungai Klang
[Copy link]
|
|
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) The Ocean Cleanup dengan menggunakan dua jentera pembersihan sungai, Interceptor 002 dan Interceptor 005 telah memulakan proses pembersihan Sungai Klang sejak beberapa tahun lalu.
Dalam terma mudah, dua jentera ini akan ‘bekerja’ dengan mengeluarkan sisa plastik dan sampah sarap daripada memasuki laut.
 Twitter The Ocean Cleanup
Menurut laman web Ocean Cleanup, jentera Interceptor tersebut sememangnya direka untuk pengeluaran sampah secara besar-besaran di sungai paling tercemar di dunia.
Dengan kerjasama kerajaan tempatan, menerusi projek Gerbang Maritim Selangor (SMG), inisiatif yang bertujuan untuk memberikan ‘nafas’ baharu bagi Sungai Klang.
Untuk rekod, Interceptor 002 mula digunakan pada 2020 manakala jentera Interceptor 005 sedang diselenggarakan dan fakta menarik tentang jentera kedua ini, ia dibiayai oleh kumpulan muzik terkenal, Coldplay.
Terbaharu, Ocean Cleanup mengumumkan kejayaan mereka di Twitter baru-baru ini bila mana jentera Interceptor 002 telah berjaya mengeluarkan lebih 1,000,000 kilogram sampah daripada Sungai Klang dan memerlukan 942 tong sampah bersaiz industri untuk dibuang.
Menurut data di laman web mereka, sebanyak 1,820,181 kilogram sampah dikeluarkan oleh kedua-dua jentera tersebut dari Sugai Klang dan untuk tempoh sebulan yang lalu hampir 120,000 kilogram sampah berjaya dikeluarkan daripada salah satu daripada 50 sungai yang paling tercemar seluruh dunia tersebut.
Difahamkan, Interceptor 005 sekarang ini tidak digunakan kerana ianya sedang dalam proses penyelengaraan yang bermula pada 7 November lalu. Namun, tidak dinyatakan tempoh penyelerengaraan dan tarikh ianya akan mula beroperasi semula.
Sumber: Lobak Merah
|
|
|
|
|
|
|
|
memalukan… pastu meroyan kenapa banjir makin teruk setiap tahun… |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 18-11-2022 01:37 AM
memalukan… pastu meroyan kenapa banjir makin teruk setiap tahun…
Kan. Samgat memalukan tapi blame gomen bila banjir padahal segala mala kau buang dlm longkang, sungai bagai. Asingkan sampah tuk recycle pun tak reti2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Buang sampah elok2 tak nak. Dah banjir salahkan kerajaan longkang tersumbat. Ceh |
|
|
|
|
|
|
|
tukar la beratus kalo gomen sekalipun, tetap takkan settle kalau sendiri buruk perangai... jangankan asingkan sampah, dispose minyak dah guna pun failed... selambak ko tuang kat longkang, kat sinki dapur pastu bila tersumbat banjir or loji kena stop operation dia, merempan salahkan gomen lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Masih jauh laaa kalo nak compare dgn japan...
Mentaliti pengotor kelas ke 3 rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 18-11-2022 07:33 AM
tukar la beratus kalo gomen sekalipun, tetap takkan settle kalau sendiri buruk perangai... jangan ...
Pemimpin adalah cerminan rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
benda simple je
ko tgk org tu hisap rokok, putung rokok slumber buang macam tu je
mak pak anak makan gula2, plastic wrap tu
gumpal2 campak aje
mentaliti kan
dan org2 ni lah yang meratib salahkan kerajaan mostly |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ubah mentaliti bukan boleh dpt dlm masa yg singkat... |
|
|
|
|
|
|
|
margo20 replied at 18-11-2022 06:20 AM
Wahhh ade kerja kosong?
ni volunteers rasanya. tak bergaji |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 18-11-2022 08:43 AM
Dah ubah mentaliti bukan boleh dpt dlm masa yg singkat...
kat singapore dari i tak pandai ckp, mmg dah educate rakyat kat tv & semua media siapa buang sampah merata2, makan merata2 tu tak sopan
padehal i bukan duk singapore pun…& tak rajin pegi sana… tempias la sikit2 … kagum.. rerupanya rakyat dia pun walopon negara sendiri rasa malu, bila masuk negara kita hilang rasa malu tu…
so boleh imagine kita nak ubah camne
i nak vote pemimpin yg boleh ubah mentaliti org. maju ke apa bagai malas nak layan dah |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 18-11-2022 08:22 AM
benda simple je
ko tgk org tu hisap rokok, putung rokok slumber buang macam tu je
mak pak anak maka ...
Rumah i corner lot jalan tepi rumah i ni akan keluar ke main road, tiap2 hari kerja i kutip sampah kat tepi rumah i ni yg org campak dr lori ke keta ke motor, kotak air tin air plastik jajan/roti bun, even bekas polisterine nasi bungkus tu. Tukang sapu sampah kadang2 2 minggu sekali baru nampak muka. Itupun kalau jatuh atas rumput dia buat2 tak nampak atas jalan je dia sapu. Itu belum lagi on the main road. |
|
|
|
|
|
|
|
pasang CCTV di setiap laluan sungai dan live, tangkap mereka yang buang sampah di sungai.
5 tahun modal CCTV besar
10 tahun modal separuh
20 tahun rakyat sudah didik takut membuang sampah |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 18-11-2022 08:52 AM
kat singapore dari i tak pandai ckp, mmg dah educate rakyat kat tv & semua media siapa buang sampa ...
Keyword dia "fine" aka saman tanpa discount2. Kat sini dah buat salah boleh lak appeal dari denda rm100 turun ke rm20. Ada lak hari polis special day kasi 50% off saman, mana la org nak takut tak buat lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 18-11-2022 09:04 AM
Keyword dia "fine" aka saman tanpa discount2. Kat sini dah buat salah boleh lak appeal dari denda ...
tu belum citer kabel2 anak politician , anak itu anak ini apa bagai. Hancur la malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 18-11-2022 08:55 AM
Rumah i corner lot jalan tepi rumah i ni akan keluar ke main road, tiap2 hari kerja i kutip sampah ...
bless u.
every effort counts … murah rezeki u… |
|
|
|
|
|
|
|
klang skrg pn dh jd bandar pendatang asing.. pengotor |
|
|
|
|
|
|
|
ce datang selayang ke batu caves ke, mmg bandar sampah sarap, mentaliti penduduk tempatan ke org asing xtau la, tp belukar pun penuh menyemak xkan org asing pulak, PBT pun xbuat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|