CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 1

Lambat Masuk Kerja, Rupanya Pekerja Kebun Sayur Mati Ketika Cas Telefon

[Copy link]
Post time 17-11-2022 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja kebun sayur warga Bangladesh maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit di sebuah rumah di Jalan Lorong Empang Batu, Kampung Jimah Lama di sini hari ini.


Mangsa, Md Abdul berusia 40-an ditemukan terbaring oleh penyelianya selepas masih tidak kelihatan untuk bekerja di ladang sayur yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu.




Keadaan mayat pekerja kebun sayur warga Bangladesh yang dipercayai terkena renjatan elektrik selepas mengecas telefon.





Jiran mangsa, Ajarah Maarof, 59, berkata, dia dimaklumkan oleh penyelia kebun sayur tentang keadaan mangsa yang pengsan di atas lantai rumah.


“Saya dapati keadaan mangsa agak parah, bahagian dadanya terdapat kesan melecur dipercayai terkena renjatan elektrik.


“Saya terus menghubungi pasukan bomba dan pihak polis untuk melihat keadaan mangsa sebelum disahkan pegawai perubatan yang mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.


Ajarah berkata, sejurus kemudian pihak polis tiba dan membawa mangsa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut.


“Mangsa seorang pekerja yang rajin dan selalu pergi ke masjid untuk solat jemaah dan setahu saya dia yang dipanggil ‘Baiya’ tidak mempunyai keluarga di Malaysia sejak bekerja dua tahun lalu di sini.


“Saya difahamkan wayar pengecas telefon bimbit mangsa turut basah terendam dalam air banjir kilat yang berlaku awal pagi tadi kemungkinan berlaku litar pintas,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat.




Sumber: UTUSAN








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 01:43 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list