View: 926|Reply: 7
|
Kecoh Anwar Ibrahim Berkempen Naik Helikopter- "Bang Non Kata Tak Mahu Gaji, Banyak Duit Naik Heli Mana Dapat?"
[Copy link]
|
|
Menjelang pecutan akhir tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pelbagai isu panas yang diketengahkan dan dibangkitkan oleh netizen di media sosial.
Sudah tentu isu kredibiliti dan 'track record' calon yang bertanding menjadi antara tumpuan utama.
Namun tidak kurang juga personaliti calon ketika turun berkempen mendekati rakyat turut diperhatikan dan diperkatakan.
 Foto: twitter
Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara nama pemimpin yang 'trending' dan menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Mana tidaknya, calon bagi Parlimen Tambun, Perak itu dirakam 'turun' ke kawasannya bukan sekadar menaiki kenderaan mewah, tetapi turut menggunakan sebuah helikopter!
Beberapa video yang memaparkan ketua pembangkang itu ligat berkempen ke serata pelosok negara dengan menggunakan helikopter turut tular.
Justeru kecoh di media sosial dengan pelbagai pertanyaan yang dibangkitkan netizen mengenai perkara berkenaan, malah ada yang turut melontarkan hantaran berbaur sindiran dan mempertikaikan gaya 'mewah' Anwar.
"Depa kata Bang Non (Anwar) tak mahu gaji. Nak potong gaji, dulu ambil gaji seringgit ja. Tapi bulih (boleh) baik helikopter ni kira hebat la. Hasil duit pencen agaknya... husnuzon la kita.
"Wow, belum lagi jadi PM dah naik heli. Nanti katanya jadi PM tak nak ambil gaji. Banyak duit naik heli. Mana dapat?" demikian antara hantaran yang tular di media sosial.
Namun menerusi satu perkongsian di sebuah akaun Facebook, dikhabarkan helikopter yang digunakan oleh Presiden PKR itu untuk urusan berkempen adalah kepunyaan jutawan yang juga pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim.
Walaubagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklumat dinyatakan sama ada helikopter tersebut ditaja khas untuk kegunaan kempen Anwar ataupun disewakan.
Tidak kurang juga ada netizen yang melihat perkara tersebut bukanlah satu isu besar memandangkan jadual Anwar sebagai calon dan pemimpin utama terlalu padat sepanjang tempoh berkempen yang memerlukannya bergerak pantas.
"Waktu sesak lebih baik Datuk Seri Anwar Ibrahim naik helikopter. Sempat dia pergi banyak tempat.
"Senang nak berkempen... cuba bayangkan kalau jam ke, jalan banjir ke. Macam mana nak buat road tour?" demikian antara komen netizen.
Untuk rekod, Anwar sendiri dalam ceramahnya di Padang Taman Dato' Senu, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berkata, bagi membolehkan dia tiba di lokasi dengan pantas untuk berkempen, ia memerlukannya menggunakan helikopter.
"Kalau tidak, saya tidak akan sampai ke destinasi saya. Tetapi saya tidak 'mencuri' wang," ujar Anwar. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia, effort daripada seorang yg mengaku tak ketagih nak jadi PM
Huk huk huk |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak main la guna jalan yang sama macam pengundi...  |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 17-11-2022 04:35 PM
Dia tak main la guna jalan yang sama macam pengundi...
Teleport teruss |
|
|
|
|
|
|
|
Husband akak pengundi Tambun. Takkan undi "geng geng sajat  |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kutuk gais golongan suci murni ni serba betul |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu lah golongan politaik ni..die xkan nak rs sama2 mcm rakyat marhaen ni..klu naik kereta, ada pengiring, maka ketepilah kita walau tanpa rela.. politaik2 ni xblh hdp sesak2 ni, nanti mampus xleh bernafas.. kehkehkeh
Den pernah la dulukala, g ceramah mat sabu n the geng.. pastu dah tamat ceramah, maka bersesak2 la.. org2..kenderaan semua..
Tgh duk jem nk kluar ke jln utama, tiba2 cermin kereta den diketuk kuat, rupanya srh den ketepi, nak bg laluan kpd kereta bawa tetamu kehormat acahnya( mat sabu n geng kome)... HARKTUIHHHHH...diorg on de way nak g mkn2 lps bg ceramah hua hua mcm beruk mak yeh...
Dgn kereta berpusu2, den tpaksa juga ketepi sbb dipaksa2 ketepi..cilaka betul rs bila ingt blk.. keadaan gitu pun ko xblh nak tolak ansur..sama2 la hdp kesesakkan..tp tidak.. tetap la terpaling...puihhh harktuihhhhh politaik2 is ******.. |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|