CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 2

DBKL Siap Siaga Banjir Kilat Ketika PRU15

[Copy link]
Post time 17-11-2022 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) siap siaga menghadapi kemungkinan berlaku banjir kilat pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu ini.


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya telah menyediakan sebuah bilik gerakan di Menara DBKL 1 bagi memantau cuaca di ibu negara.








Beliau berkata pihaknya turut dibantu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Sistem Pelbagai Bahaya yang diketuai oleh seorang profesor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.


"Agensi-agensi ini akan membantu dari segi membuat ramalan dan panduan mengenai keadaan cuaca seperti taburan hujan, kelebatan hujan serta kawasan yang berisiko banjir.


"Daripada data itu, kita akan membuat tindakan seterusnya seperti meletakkan beg pasir tambahan berhampiran sungai, bergantung kepada situasi. Kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran penyewaan/menduduki Residensi Sungai Udang di Segambut hari ini.


Mahadi berkata DBKL turut menjalin kerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam memantau sistem perparitan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik serta tidak tersumbat.


"Kita juga mempunyai warden trafik yang bukan sekadar menjalankan tugas menyurai aliran trafik ataupun menguatkuasakan undang-undang tetapi juga melaksanakan sesuatu yang di luar jangkaan," katanya.




Sumber: BERNAMA








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 06:14 PM | Show all posts
rasanya dbkl dah boleh lantik kaka blastoff untuk sharing gambar map satelit awan hitam . sebab cara dia sharing tu real betul. ada forumer sampai dah selimut mesin basuh, dan berkemas. baguslah bersedia sebelum banjir kilat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:46 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042333 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list