Seorang bayi perempuan dilahirkan di Filipina diisytihar sebagai individu kelapan bilion apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa penduduk dunia melepasi angka tersebut, semalam.
Bayi Vinice Mabansag, dilahirkan di Hospital Memorial Dr Jose Fabella, Tondo, Manila dipilih untuk menandakan peristiwa penting itu.
 Foto: NATIONAL POPULATION COMMISSION AND DEVELOPMENT
Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan Filipina menyambut kelahiran Venice pada pukul 1.29 pagi dengan pegawai-pegawai berdiri di tepi sebagai simbolik.
Bagaimanapun, PBB belum mengisytiharkan secara rasmi ‘orang kelapan bilion yang dilahirkan’ itu.
Sumber: MalaysiaGazette
|