CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1177|Reply: 10

Tercekik Boleh Mati, KKM Sentiasa Pantau Produk Konjak Jeli

[Copy link]
Post time 16-11-2022 12:56 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan produk konjak jeli di Malaysia dikawal di bawah Peraturan 139 (konfeksi sajian) dan juga Peraturan 139 A (konfeksi jeli terkawal).


Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanannya, Norrani Eksan berkata, produk itu sentiasa dipantau di pasaran secara berterusan.


Beliau berkata, berdasarkan data pemantauan dari 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.








“Enam sampel produk jeli dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindakan penarikan balik produk oleh KKM.


“Mengikut Peraturan 139 (Konfeksi Sajian), jeli dengan diameter melebihi 45 milimeter dan ia boleh mengandungi konjak.


“Manakala, Peraturan 139A (konfeksi jeli terkawal) menetapkan jeli dengan diameter kurang atau sama dengan 45 milimeter, ia tidak boleh mengandungi konjak,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.


Katanya, label produk bagi kategori 139A ini juga hendaklah mengandungi pernyataan amaran iaitu ‘Boleh Menyebabkan Risiko Tercekik’ dan perkataan ‘Tidak Sesuai Bagi Kanak-Kanak Dibawah Umur 3 Tahun’.


Norrani berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu tular di media sosia kononnya konjak jeli didakwa berbahaya dan boleh memberi risiko kepada kanak-kanak.


Menurutnya, isu ini menjadi perhatian sejak tahun 2001 apabila terdapat laporan penjualan konjak jeli yang mempunyai risiko tercekik pada kanak-kanak.


“Dalam hal ini, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.


Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil qlukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.


Pihak industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli.


Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Konjac jelly ni kenyal dia mcm konyaku ke?
Sebab konyaku tu iols mmg tak.boleh makan sebab kenyal gila..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap. Iols suka konjac jelly. Kenyang oiii. Ritu ada skali menu konjac jelly ni kt tealive leh kata hari2 beli.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:49 PM | Show all posts
konjac ni yg org diet mkn tu ke..gantikan nasi mmg xde carb
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 16-11-2022 02:49 PM
konjac ni yg org diet mkn tu ke..gantikan nasi mmg xde carb

Yes, tapi yg ni version kunyah2.. Kat oversea byk dah diharamkan sebab kes budak2 tercekik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam baca artikel pasal konjac jelly ni kat fb, naik konfius pulak aku sebab pic yg di tunjuk, jelly yg bentuk mata, bola etc tu. Kalau yg tu siap ada yg claim x halal dah pun sblm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira minuman jeli ke utk budak2 macam beausitot tu? Ribena pun ada keluarkan. Ke jenis lain yg jeli nya lebih kenyal?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
yg mcm haribo tu or yg dari turki halal tu bahaya x? i entahla asik craving nk mkn jelly gummy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 09:37 AM | Show all posts
umbut replied at 16-11-2022 03:43 PM
Yes, tapi yg ni version kunyah2.. Kat oversea byk dah diharamkan sebab kes budak2 tercekik

kan..dulu gigih mkn nih jek...
turun gile berat bdn..

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 09:43 AM | Show all posts
aku suka konjac jelly ni tp skali makan dua je tak berani byk
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:59 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044947 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list