CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Op Lejang: 888 saman dikeluarkan, 10 motosikal disita di NS

[Copy link]
Post time 25-9-2022 12:33 PM | Show all posts |Read mode

Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Lejang dijalankan JPJ di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson petang semalam. - Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.


SEREMBAN –  Sebanyak 888 saman dikeluarkan dan 10 motosikal disita atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Op Lejang yang dijalankan di Negeri Sembilan sejak 1 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sebanyak 3,922 motosikal telah diperiksa dalam operasi berkenan dengan kesalahan tertinggi direkodkan adalah membabitkan kesalahan pelesenan kenderaan iaitu sebanyak 390 kes.

“Kesalahan tersebut iaitu lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 200 kes dan tiada perlindungan insurans sebanyak 190 kes.

“Selain itu, kesalahan pelesenan pemandu melibatkan 354 kes iaitu tiada lesen memandu kompeten (CDL) 308 kes dan CDL tamat tempoh sebanyak 12 kes selain 34 kes tidak mempamerkan pelekat P/L,” katanya kepada pemberita selepas Op Lejang di Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini semalam.

Sementara itu, jelas beliau, Op Lejang itu turut membabitkan beberapa agensi lain iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagi PDRM, sebanyak 183 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, Jabatan Imigresen Malaysia pula telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 303 orang dan jumlah tangkapan sebanyak 19 orang manakala bagi JAS, sebanyak tiga notis telah dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Hanif Yusabra menjelaskan, Op Lejang yang dijalankan semalam berikutan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson sering menjadi lokasi tumpuan aktiviti bermotosikal dan kerap menerima aduan daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... sikal-disita-di-ns/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.284104 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list