CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Johor] Pecah cermin kereta curi tepung

[Copy link]
Post time 25-9-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode

SATU kotak tepung yang dicuri suspek. FOTO Ihsan Polis

Pasir Gudang : Seorang lelaki ditahan selepas memecah cermin kereta dan mencuri sekotak tepung gandum di Taman Kota Masai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian jam 1.15 pagi tadi berlaku di hadapan rumah pemilik kereta terbabit yang berusia 30 tahun.

Katanya, suspek adalah seorang lelaki dewasa berusia 31 tahun memecahkan cermin kereta pada bahagian tempat duduk pemandu dan melarikan sekotak tepung gandum.


"Kejadian disedari jiran mangsa sebelum suspek melarikan diri. Mangsa bersama-sama jirannya kemudian mengejar suspek dan berjaya menahannya di Jalan Pulasan, Taman Kota Masai, di sini.

"Spanar boleh laras yang digunakan untuk mencuri dan sekotak tepung gandum ditemukan selepas suspek berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, mangsa kemudian menghubungi polis dan menyerahkan suspek serta barang yang dirampas untuk tindakan lanjut.

"Pihak polis merakamkan penghargaan atas kerjasama dan maklumat orang ramai hingga tertangkapnya suspek.

"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 26 September depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kereta-curi-tepung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.142389 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list