|

KENDERAAN dipercayai milik saudara mara di luar rumah mangsa di Taman Paroi Jaya. FOTO Mohd Amin Jalil
Seremban: Seorang wanita warga emas berusia 70-an ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian jam 8.25 malam.
"Hasil siasatan awal menemui kesan kecederaan pada badan mangsa malah beberapa barangan peribadinya juga tiada.
"Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk proses selanjutnya," katanya hari ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya lagi.
Beliau berkata, polis memohon saksi, Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil membantu siasatan kes terbabit.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222.
Sementara itu, perkarangan rumah mangsa dipenuhi kenderaan dipercayai ahli keluarga.
Seorang ahli keluarga yang berusia 50-an dan enggan dikenali berkata, dia yang berasal dari Nilai dimaklumkan berkaitan kejadian jam 9.30 pagi tadi.
"Saya dan isteri bergegas ke sini untuk menziarah keluarga mangsa.
"Saya difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama suami berada di rumah ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dengan-kesan-cedera |
|