View: 454|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
NS kerjasama dengan Selangor, Pulau Pinang hadapi banjir
[Copy link]
|
|

GAMBAR hiasan. ANTARA kawasan dilanda banjir di Seremban, Mei lalu. FOTO Bernama
Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya berbincang dengan Selangor dan Pulau Pinang bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku dan usaha mengurangkan risiko banjir.
"Antara perkara yang telah diputuskan ialah menggantikan lokasi pusat pemindahan yang tidak sesuai kepada yang lebih sesuai dan selamat.
"Kita (Negeri Sembilan) juga akan membantu menghadapi bencana banjir secara bersama termasuk penyediaan keanggotaan sukarelawan serta aspek kebajikan mangsa banjir," katanya pada Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di sini, semalam.
Aminuddin berkata, rentetan peristiwa banjir besar yang berlaku pada akhir tahun lalu memberi pengalaman berguna buat agensi dan jabatan berkaitan untuk membuat persiapan lebih rapi.
"Saya sudah minta JPS untuk lebih proaktif memantau keadaan sungai walaupun sungai itu bukan 'hotspot' banjir termasuk memastikan aliran air sungai dalam keadaan baik.
"Tiada pokok yang tumbang atau pelepah pokok kelapa sawit yang halang aliran sungai," katanya.
Beliau berharap semua pihak sentiasa bersedia dengan perancangan terbaik bagi menghadapi kesan akibat perubahan iklim agar kerosakan akibat bencana alam dapat diminimumkan.
"Akhir tahun lalu, kita dapat saksikan kawasan yang jarang dilanda banjir juga boleh digenangi air berikutan hujan yang terlampau lebat," katanya.

AMINUDDIN (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada kakitangan JPS Negeri Sembilan yang menang anugerah inovasi. FOTO ihsan Pejabat MB.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... inang-hadapi-banjir |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|