CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Johor] Sumbangan netizen hanya Allah dapat balas

[Copy link]
Post time 18-9-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode

NUR Qalesya Damia menerima kunjungan daripada bekas guru sekolah, Admi Tugiman yang sentiasa memberi semangat kepada kanak-kanak berkenaan. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Hanya Allah dapat membalas keprihatinan anda semua. Kami sekeluarga amat berterima kasih dan menghargainya," kata Siti Nor Hidayah Zulkepli, 37, ibu kepada Nur Qalesya Damia Mohd Rashid, 11 yang menghidap penyakit kelenjar.

Siti Nor Hidayah berkata dia terharu dengan sumbangan yang diterima daripada orang ramai selepas kisah kesengsaraan anak sulung dari tiga beradik itu disiarkan akhbar ini baru-baru ini.

Katanya, sumbangan orang ramai itu akan digunakan dengan sebaik mungkin bagi menampung kos rawatan Nur Qalesya Damia atau mesra dengan panggilan Damia itu terutamanya untuk merujuknya ke sebuah hospital pakar di bandar raya ini bagi membincangkan kesesuaian untuk menjalani pembedahan.

"Saya dan suami berserah kepada tuhan dan berharap ada peluang untuk Damia menjalani pembedahan kelenjar dan risikonya tipis.

"Damia juga faham berkaitan pembedahan dan dia juga hanya bergantung kepada keputusan keluarga.

"Malah dia juga tidak tinggal untuk bersolat atau mengaji Al-Quran walaupun dalam keadaan sakit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Sawa 5, Kempas Baru, di sini.

Siti Nor Hidayah berkata, kesan bengkak lidah Damia kelihatan susut selepas dia menerima suntikan di sebuah klinik swasta selama lima hari.

Menurutnya, beberapa hari lalu Damia dapat menikmati mi soto dan cuba mengunyah nasi dengan lauk ayam, namun selepas makan Damia mengadu sakit perut mungkin kerana tidak makan selama beberapa hari dan hanya minum susu serta air bagi mengisi perut.

"Dia juga rindu mahu ke sekolah dan menyertai kem motivasi, semoga tuhan memberi kesembuhan dengan secepat mungkin kepada anak kami.

"Apa pun saya dan keluarga amat berterima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan Damia," katanya.

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan kisah penderitaan Damia yang terpaksa berlapar dan hanya minum air dan susu kerana keadaan lidah yang semakin membengkak sehingga turut menyebabkan dia mengalami kesulitan untuk bertutur.

Keadaan itu juga mengakibatkan Damia tidak dapat bersekolah dan kerap bercuti hingga dikhuatiri keciciran dalam pelajaran.

Damia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kempas di sini adalah seorang murid yang aktif mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti persekolahan dan minat pelajaran.

Damia memang mengalami penyakit kelenjar sejak bayi dan pernah menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan di bahagian leher pada usia dua tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-allah-dapat-balas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.032994 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list