CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Johor] Lelaki dipenjara 5 bulan kerana curi dan gadai loket emas ibu

[Copy link]
Post time 13-9-2022 04:17 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Padah mencuri dan menggadai loket emas milik ibu, seorang pemuda berusia 28 tahun dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, M L Navindran membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret R Salini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri loket emas milik ibunya di rumah mereka di Jalan Bunga Melati, Taman Masai di sini, pada jam 12 tengah hari, 16 Julai lalu.


Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana mempunyai tanggungan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran buat tertuduh.

Menurut fakta kes, tertuduh bertindak menggadaikan loket emas seberat 5.6 gram berkenaan dengan nilai RM1,000 di sebuah kedai pajak gadai di Pasir Gudang.

Difahamkan, ibu tertuduh menjumpai surat pajak gadai membabitkan barangan kemas berkenaan dalam beg duit tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adai-loket-emas-ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.306098 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list