CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suami isteri ditemui maut dalam rumah

[Copy link]
Post time 10-9-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Dataran Segar, Lukut dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 5.15 petang memaklumkan lelaki berusia 61 tahun dan isterinya, 58, disyaki tidak sedarkan diri.

"Polis dengan dibantu sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson kemudian memecahkan mangga hadapan pintu jeriji rumah dan melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan.

"Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lukut telah mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.


"Siasatan mendapati mangsa lelaki mempunyai sejarah rawatan darah tinggi manakala isterinya tiada sebarang sejarah rawatan kesihatan. Polis juga tidak menemukan sebarang unsur pelakuan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ui-maut-dalam-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043197 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list