View: 538|Reply: 1
|
[Johor]
Pembantu penguat kuasa MBJB cedera ditumbuk
[Copy link]
|
|

SUSPEK yang disyaki memukul seorang pembantu penguat kuasa MBJB ditahan reman tiga hari bermula hari ini.
JOHOR BAHRU: Seorang pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dipukul pengurus sebuah premis ketika menjalankan operasi penyitaan sebuah kedai di Taman Pelangi, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.50 pagi.
Katanya, suspek yang memukul petugas awam berkenaan adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka selain lebam di lutut kirinya. Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan operasi sitaan barangan yang dijalankan MBJB disebabkan premis terbabit tidak mempunyai lesen beroperasi.
“Bertindak atas maklumat diberikan mangsa, suspek ditahan polis di tempatnya bekerja pada pukul 1.15 petang semalam,” katanya dalam dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Suspek dikenakan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... jb-cedera-ditumbuk/ |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah buat salah, dipukulnya pula pegawai penguatkuasa, memang sengaja meminta diri untuk ditangkap |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|