CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 2

[Johor] Suami isteri edar dadah kena cekup

[Copy link]
Post time 4-9-2022 05:16 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Polis menahan suami isteri selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah berikutan penemuan pelbagai jenis dadah di pangsapuri sewa mereka di bandar raya ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan pada 5 petang berjaya menahan pasangan warga tempatan berusia 42 dan 36 tahun itu di tempat letak kereta sebuah pasar raya besar di Taman Suria, di sini.

Katanya, polis kemudian pergi ke pangsapuri mereka di Larkin pada 8 malam sebelum merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM214,287.


"Susulan penahanan suami isteri itu, polis menyerbu sebuah pangsapuri berpagar dan berpengawal sebelum merampas 14.32 kilogram (kg) heroin, 158 gram serbuk ekstasi, 38.23 gram syabu serta 71 gram ketamin dalam kediaman itu.

"Turut disita ialah wang tunai RM530," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin.

Menurut Kamarul Zaman, pasangan itu dipercayai aktif mengedar dadah sejak Mei lalu dengan menjadi orang tengah antara pembekal dan pembeli.

"Suspek akan membungkus semula dadah yang diperolehi di kediaman mereka sebelum menjualnya," katanya.

Menurutnya, saringan ujian air kencing mendapati mereka negatif bahan terlarang.

Katanya, semakan mendapati suspek wanita mempunyai rekod lampau berkaitan Akta Kanak-kanak 2001, manakala suspek lelaki mempunyai rekod berkaitan dadah.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 8 September ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-dadah-kena-cekup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2022 06:10 PM | Show all posts
suspek wanita mempunyai rekod lampau berkaitan Akta Kanak-kanak 2001
suspek lelaki mempunyai rekod berkaitan dadah


Fuh pendera kanak2 ke?

Sejiwa tul.. Sama2 ada kes.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 11:13 AM | Show all posts
Semoga mereka ini diberikan hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043121 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list