CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 476|Reply: 0

[Johor] Pengguna resah bekalan telur di JB kurang

[Copy link]
Post time 1-9-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Rak yang menempatkan telur ayam habis sekitar tinjauan di sebuah pasar raya di Tebrau, Johor Bahru. NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Pengguna di bandar raya ini mengeluh kerana sukar mendapatkan telur ayam berikutan stoknya didakwa berkurangan sejak seminggu lalu.

Tinjauan di kedai runcit dan pasar mini sekitar Pandan dan Iskandar Puteri di sini, mendapati kebanyakan premis sudah kehabisan stok telur.

Rak-rak tempat jualan telur juga dilihat kosong dan hanya kelihatan beberapa papan telur ayam kampung, telur masin, selain telur puyuh di hampir semua premis berkenaan.

Pengguna, Nor Azura Md Amin, 32, berkata sejak seminggu lalu, beliau sukar mendapatkan telur ayam berikutan ia sering kehabisan di pasaran sekitar bandar raya ini.


"Sudah lebih seminggu saya sukar mendapatkan telur di pasaran sekitar. Selalunya saya beli sepapan telur untuk hidangan keluarga.

"Saya ada bertanya pada kakitangan pasar raya dan mereka mendakwa tidak banyak stok telur yang dihantar pembekal namun tiada alasan kenapa stok tidak banyak," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam, berkata beliau turut bingung dengan kekurangan bekalan telur ayam yang masih berlaku walaupun ketika ini bukan musim perayaan.

"Ya, rangkaian pasar raya kami turut mengalami kekurangan bekalan telur sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Pesanan dibuat seperti biasa, namun pembekal tidak menghantar jumlah pesanan yang dibuat menyebabkan bekalan telur sering kehabisan dan menjadi rungutan pengguna," katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Hairul Anuar Bohro, ketika dihubungi berkata, tiada isu bekalan telur di bandar raya menerusi semakan dilakukan.

"Kemungkinan pusingan belian yang tinggi menyebabkan berlaku kehabisan bekalan telur di banyak lokasi di bandar raya ini.

"Kita sudah hubungi pembekal dan mereka memaklumkan stok telur baharu dijangka sampai hari ini dan esok.

"Namun, kita akan tetap membuat pemantauan bagi memastikan bekalan telur tidak menghadapi masalah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -telur-di-jb-kurang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035436 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list