CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

[Johor] Kastam Johor rampas arak seludup bernilai RM2.8 juta

[Copy link]
Post time 28-8-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI Mohamad (dua dari kiri) bersama motosikal berkuasa tinggi iaitu antara barangan dagangan bernilai hampir RM5 juta yang disita dalam sidang akhbar di Menara Kastam, Johor Bahru hari ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI



JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup arak tanpa cukai bernilai RM2.8 juta menerusi enam serbuan di Johor dan Selangor.

Pengarahnya, Sazali Mohamad berkata, serbuan tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JKDM Johor antara 9 Jun hingga 2 Ogos lalu.

Antara lokasi serbuan termasuk di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah; Pelabuhan Johor, Pasir Gudang; Kawasan Perindustrian Air Hitam, Klang dan Shah Alam, Selangor.

“Menerusi kesemua serbuan itu, kita berjaya merampas arak seludup pelbagai jenama bernilai hampir RM2.8 juta yang menggunakan beberapa modus operandi untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Antara modus operandi digunakan termasuk menyimpan arak di bahagian tengah kontena yang dicampur dengan pelbagai barangan lain dan membuat pengikraran barangan yang mengelirukan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat JKDM Johor, di sini hari ini.

Sazali berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan yang merupakan wakil pengimport dan ejen penghantaran berusia antara 32 dan 36 tahun bagi membantu siasatan.

“Selain itu, operasi berkenaan turut menemukan 33,600 bungkusan rokok seludup yang bernilai RM22,600 beserta cukai,” ujarnya.

Sazali turut memaklumkan pihaknya juga merampas lapan buah motosikal berkuasa tinggi dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Perling, di sini pada 25 Julai lalu.

Kesemua motosikal berkenaan diseludup masuk ke negara ini dari negara jiran melalui laluan darat.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah sembilan buah topi keledar tidak mempunyai sijil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan perakuan SIRIM.

“Barangan rampasan termasuk tujuh motosikal berkuasa tinggi dan sebuah motosikal mini itu dianggarkan bernilai RM876,000 termasuk duti dan cukai.

“Dalam serbuan ini juga, kita turut menahan seorang wanita warganegara Vietnam yang berusia 36 tahun untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan beliau turut meminta kerjasama awam untuk memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti berkenaan di kawasan mereka menerusi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... ernilai-rm2-8-juta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 1.491836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list