CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bangunan SMA Chuah boleh mula digunakan 12 September ini

[Copy link]
Post time 24-8-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zaidi (tiga kiri) menyerahkan replika kunci kepada Pengetua SMA Chuah, Maimon Bahari di SMA Chuah, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Masalah bangunan Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah yang belum menerima Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) daripada Kementerian Pendidikan kini selesai apabila sekolah itu menerima kunci hari ini dan bakal digunakan bulan depan.

Sebelum ini murid di SMA Chuah menumpang belajar di kawasan Masjid Chuah dengan menggunakan kabin sebagai kelas pembelajaran.

Pengetua SMA Chuah Maimon Bahari berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak yang membantu sehingga hasrat memiliki bangunan sekolah sendiri tercapai.


"Ia adalah hasil kerjasama ibu bapa, guru, pemimpin setempat, kerajaan negeri dan juga Kementerian Pendidikan dan hari ini adalah hari yang bersejarah bagi kami warga SMA Chuah.

"Memang kami terharu akhirnya ada bangunan sendiri dan ini secara tidak langsung adalah hasil kerjasama banyak pihak sehinggakan tidak mampu saya sebut satu persatu dan kami amat terharu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, dia gembira kerana hasrat sekolah ini memiliki bangunan sendiri tercapai dengan penyerahan secara rasmi replika kunci sekolah, hari ini.

"Apa yang saya difahamkan sekolah ini juga antara yang terbaik dan sentiasa menyumbangkan keputusan peperiksaan cemerlang dan kita harap ia akan lebih cemerlang dengan keadaan pembelajaran yang lebih selesai.

"Saya difahamkan secara rasminya pelajar akan masuk ke sekolah ini pada 12 September akan datang dan saya percaya lebih ramai pelajar akan berminat bersekolah di sini kerana sudah ada bangunan sendiri tanpa perlu menumpang di kawasan masjid," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-12-september-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.238064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list