|

Kejadian kepala air yang dilapor berlaku di Hutan Lipur Ulu Bendul, petang tadi - Foto IHSAN PEMBACA
KUALA PILAH: Hujan lebat awal petang tadi menyebabkan Hutan Lipur Ulu Bendul (HLUB) dekat sini dikejutkan dengan kejadian kepala air.
Kejadian secara tiba-tiba itu menimbulkan panik dalam kalangan pengunjung yang beriadah bersama keluarga.
Seorang pengunjung dari Rembau, Abdul Aziz Hamid, 55, bersama lima ahli keluarganya berada di kawasan itu itu kira-kira jam 12 tengah hari untuk beriadah.
"Kami mandi di kawasan kolam sebelum cuaca berubah tiba-tiba, membuatkan kami menghentikan aktiviti.
"Tiba-tiba, aliran air dari atas semakin membesar dan pengunjung pantas menyelamatkan diri," katanya di sini, hari ini.
Pesara tentera itu menyaksikan air yang awalnya tenang berubah menjadi arus deras sehingga melimpah ke dalam kolam mandi.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah ketika dihubungi, berkata tidak laporan kemalangan jiwa berhubung kejadian itu diterima.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-air-di-ulu-bendul |
|