CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

[Negeri Sembilan] RM45.15 juta kerugian angkara ‘scammer’

[Copy link]
Post time 17-8-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode

RUSLAN Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Townhall Discussion Ketua Polis Negeri Sembilan Tahun 2022 bertajuk ‘Jangan Jadi Mangsa Scammer dan Keldai Akaun’ di USIM, Nilai, Seremban hari ini. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP


SEREMBAN: Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan dengan 1,747 kes direkodkan melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM45.15 juta sepanjang Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, daripada jumlah itu penipuan merekodkan jumlah tertinggi dengan kerugian sebanyak RM39.72 juta iaitu 1,676 kes diikuti kes pecah amanah RM4.8 juta (12 kes), jenayah siber RM594,026 (11 kes), kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang RM27,420 (38 kes) dan wang palsu RM2,300 (sembilan kes).

“”Kes penipuan pada Januari hingga Julai tahun ini meningkat 270 kes, berbanding 1,406 bagi tempoh sama tahun lalu.

“Modus operandi kes penipuan ini termasuk Macau Scam dengan kerugian RM7. 6 juta, pelaburan (RM6 juta), tipu tawaran kerja (RM1.5 juta), tipu menyamar (RM2 juta), belian dalam talian (RM3.8 juta), pinjaman tidak wujud (RM1.3 uta), Love Scam (RM1 juta) dan e-Financial Fraud (RM4.8juta),” katanya pada sidang akhbar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Townhall Discussion Ketua Polis Negeri Sembilan Tahun 2022 bertajuk ‘Jangan Jadi Mangsa Scammer dan Keldai Akaun’.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Sembilan, Ahmad Faizal Rosehaizad.

Menurut Ruslan, jika diikutkan perkembangan semasa ketika ini, kes jenayah komersial menunjukkan trend peningkatan manakala kes jenayah konvensional seperti kes ragut, curi, pecah rumah dan jenayah kekerasan mencatatkan penurunan sedangkan negara sudah berada pada fasa peralihan ke endemik.

“Jika ikut trend kes jenayah akan meningkat pada fasa endemik ini tapi sebaliknya berlaku apabila kes jenayah konvensional menurun dan yang meningkat adalah kes jenayah komersial terutama kes penipuan dalam talian.

“Kemungkinan ini mempunyai kaitan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pada waktu itu masyarakat mula belajar menggunakan media sosial sekali gus membuka ruang kepada penjenayah untuk beralih kepada jenayah dalam talian yang dilihat lebih mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, sentimen emosi sering digunakan sindiket penipuan jenayah siber akan untuk mempengaruhi dan memperdaya mangsa.

“Walaupun pelbagai usaha dan kempen dilaksanakan pihak berkuasa bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, ia tidak akan berhasil jika ada yang terlalu mudah menjadi mangsa,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... an-angkara-scammer/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.336601 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list