CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 0

[Johor] Ujian 3 anak ada masalah jantung

[Copy link]
Post time 15-8-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode

HAFIZ menunjukkan keadaan anak ketiga, yang mengalami masalah jantung terbalik. FOTO Mary Vistoria Mass

Johor Bahru: "Kami reda dengan ujian berat daripada Allah ini apabila tiga anak termasuk yang berusia 26 hari mempunyai masalah jantung," kata juru kimpal, Hafiz Al Arshad Mohammed, 41.

Bukan saja keadaan kesihatan tiga anaknya yang menjadi kebimbangannya, dia juga buntu memikirkan masa depan tiga anaknya yang tidak bersekolah kerana kesempitan hidup.

Menurutnya, dia dan isteri, Lina Rais, 37, dikurniakan lima anak iaitu Nursyafina, 12; Mohd Dany Aqasha, 8; Muhammad Alif, 5; Mohd Fikri Irshad, 3 dan Mohd Zikri, berusia 26 hari.


Katanya, Muhammad Alif, Mohd Fikri Irshad dan Mohd Zikri mengalami komplikasi jantung yang menyaksikan mereka pernah menjalani pembedahan.

"Muhammad Alif pernah menjalani pembedahan kerana jantung terbalik sebanyak dua kali pada 2017 dan 2019 yang menelan kos keseluruhannya kira-kira RM50,000.

"Manakala Mohd Fikri menjalani pembedahan kerana masalah jantung berlubang selain membesarkan saluran pernafasan sempit pada awal tahun lalu dan kos pembedahannya mencecah RM30,000.

"Kami bersyukur kerana kesemua pembedahan yang dikendalikan di Institut Jantung Negara (IJN) itu dibiaya dan dibantu agensi berkaitan termasuk Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

"Namun mereka dijangka perlu menjalani dua pembedahan masing-masing susulan pada masa depan," katanya.

Hafiz berkata, kini Mohd Zikri masih menerima rawatan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana jantung berlubang dan dijangka dihantar ke IJN dalam tempoh terdekat untuk pembedahan.

Menurutnya, bayinya itu tidak dapat dibawa pulang ke rumah sejak dilahirkan kerana berisiko membahayakan kesihatannya.

Katanya, dia dan isterinya resah memikirkan bagaimana untuk menemani Mohd Zikri di IJN kelak kerana keadaan kewangan keluarga yang semakin merosot.

"Saya bukan tidak berusaha namun pendapatan harian saya adalah RM80. Jika ada tugasan maka adalah gaji.

"Memandangkan anak ketiga dan keempat bermasalah kesihatan, saya terpaksa berulang-alik ke hospital selain menjalani pemeriksaan susulan di IJN dua kali setahun.

"Saya menampung kos sewa rumah RM300 sebulan selain perbelanjaan dapur serta susu serta kos pembelian lampin pakai buang bagi anak," katanya yang tinggal di Kampung Sri Makmur, Plentong di sini.

Hafiz berkata, harapannya adalah supaya ketiga-tiga anaknya diberi kesembuhan dan memiliki masa depan cerah.

Menurutnya, malah dia juga berharap anak sulung, kedua dan ketiga dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain.

"Mereka pernah bertanya bila kami mahu menghantar mereka ke sekolah namun saya berjanji akan berbuat demikian apabila keadaan kewangan keluarga baik.

"Sebagai bapa memang menjadi kesilapan saya tidak menyekolahkan mereka, kami juga tidak pernah memohon bantuan sara hidup daripada mana-mana agensi kerana tidak mengetahui salurannya.

"Apakan daya kami, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, memang saya mahukan anak saya berjaya dan menjadi insan cemerlang," katanya.

Keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada Ketua Kampung Senibong Mukim Plentong, Abd Rahim Moen dan sukarelawan yang mendedahkan kisah keluarga berkenaan, Syed Sallilah @ Bakhtiar Syed Mashor.

Abd Rahim berkata, pihaknya menasihati ketua keluarga untuk mendaftar anak ke sekolah dengan segera dan kami akan salurkan permasalahan mereka kepada agensi berkaitan bagi tindakan selanjutnya.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan dengan menghubungi Hafiz di 017-7232441.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ada-masalah-jantung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.632742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list